Proton dan MAI tandatangan perjanjian untuk kongsi sumber dalam pembangunan pembekal sedia ada

Proton dan MAI tandatangan perjanjian untuk kongsi sumber dalam pembangunan pembekal sedia ada

Proton dan Institut Automotif Malaysia (MAI) hari ini telah menandatangani satu perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengoptimakan lagi sumber bersama untuk digunakan dalam pembangunan pembekal alat ganti dan komponen demi memastikan vendor menepati tahap global.

Perjanjian ini menjadi bukti kerjasama antara kerajaan (melalui MAI) dan sektor swasta (Proton) dalam meningkatkan daya saing aktiviti operasi pengeluar kenderaan negara tersebut. Melaluinya, dua pihak ini akan berkongsi sumber untuk memanfaatkan secara maksimum segala infrastruktur pembangunan automotif yang ada terutamanya dalam aplikasi rekaan, simulasi proses digital dan teknologi pengesahan.

“Aktiviti awal (upstream) dalam automotif – memikirkan rekaan, aplikasi kejuruteraan dan teknologi pengesahan – adalah kunci kepada penyertaan yang bermakna dalam industri automotif, terutamanya semasa kita sedang bergerak pantas ke arah revolusi industri keempat,” kata ketua pegawai eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

“MoU hari ini mempunyai kepentingan yang lebih daripada pembinaan kapasiti. Ia adalah satu cara baru untuk maju, ke arah perubahan budaya serta cara berfikir untuk keseluruhan operasi automotif. Setiap perniagaan mestilah mencipta semula strategi bagi memastikan mereka kompetitif dan relevan,” tambah Madani sambil turut memberitahu kerajaan telah memperuntukkan RM4 juta untuk inisiatif ini dan Proton juga akan mengeluarkan jumlah yang sama.

Selain majlis tandatangan perjanjian ini, 30 pembekal Proton, serta syarikat itu sendiri turut menandatangani “Ikrar Prestasi Cemerlang” di mana mereka berjanji untuk menghantar barang tepat pada masanya dan dengan kos yang betul, serta meningkatkan keupayaan kepada tahap global. Dari pihak Proton, mereka berjanji untuk memberi kerjasama serta membantu pembekal ini.

Semua pembekal ini – yang juga akan membekalkan alat ganti untuk Proton X70 – akan melalui beberapa peringkat program pembangunan spesifik supaya dapat mencapai tahap global Geely, seterusnya membolehkan mereka mengeksport pula alat ganti itu nanti.

Proton dan MAI tandatangan perjanjian untuk kongsi sumber dalam pembangunan pembekal sedia ada

“Tahap teknologi dalam produk baru kita adalah lebih tinggi, dan pembekal juga perlu menaikkan taraf sedia ada. Untuk mencapai tahap yang sama seperti kumpulan pembekal Geely, pertamanya mereka perlu naik taraf dahulu,” kata timbalan CEO Proton, Datuk Radzaif Mohamed.

CEO Proton, Dr Li Chunrong pula dalam ucapan beliau menyatakan kapasiti adalah cabaran utama kepada vendor mereka. Beliau telah menjanjikan bantuan dalam bentuk kepakaran antarabangsa tanpa sebarang kos kepada pembekal. Beliau juga menggesa pembekal melabur semula keuntungan untuk meningkatkan kemampuan teknikal.

“Kualiti adalah hidup, kualiti adalah budaya dan etika kerja,” kata beliau sambil menambah kualiti juga perlu diseimbangkan dengan kos untuk memastikan ia dapat bertahan lama. Beliau juga menyatakan Proton tidak akan bersaing secara satu lawan satu, sebaliknya sebagai satu kumpulan (Geely) menentang perikatan automotif lain.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required