Subaru XV bakal terima teknologi plug-in hybrid – dengan jarak elektrik sepenuhnya sejauh 41 km?

Subaru XV bakal terima teknologi plug-in hybrid – dengan jarak elektrik sepenuhnya sejauh 41 km?

Subaru telah mendedahkan bakal mengadaptasikan teknologi plug-in hybrid tahun hadapan, dan pertama dalam barisannya akan ditampilkan pada XV Hybrid. Rupa-rupanya dokumen kerajaan baharu dari USA menunjukkan bahawa XV PHEV harus menawarkan lebih 40 km bagi pemanduan elektrik sepenuhnya, lapor CarAdvice.

Fail terbabit, yang bersumber dari California Air Resources Board (CARB), menganggarkan Subaru XV Hybrid (atau Crosstrek Hybrid di USA) memiliki pacuan semua-elektrik sehingga 25.65 batu (41.28 km).

Untuk teknologi elektrifikasi, Autoblog berkata XV Hybrid akan berkongsi sistem yang sama seperti Toyota Prius Prime PHEV. Walau bagaimana pun, berbanding Prius yang menggunakan enjin 1.8 liter Atkinson-cycle VVT-i, XV Hybrid akan menggunakan enjin 2.0 liter naturally-aspirated boxer dan AWD. Namun demikian, tidak banyak sistem plug-in yang diketahui buat masa ini.

Subaru XV bakal terima teknologi plug-in hybrid – dengan jarak elektrik sepenuhnya sejauh 41 km?

Sebagai perbandingan, Prius Prime mempunyai julat kuasa EPA yang dianggarkan 40 km hasil dari pek bateri lithium-ion 8.8 kWh. Tidak jelas jika XV Hybrid akan berkongsi pek bateri yang sama, tetapi tiada laporan yang menunjukkan bahawa sebaliknya. Subaru XV Hybrid baharu dijangka akan didedahkan dalam bentuk Crosstrek menjelang akhir tahun ini, jadi pastikan anda terus menantikan perkembangannya.

Sementara itu, baru-baru ini Subaru mengumumkan XV e-Boxer untuk pasaran Jepun. Ia menampilkan enjin FB20 2.0 liter naturally-aspirated, suntikan-terus empat-silinder petrol dengan hamburan kuasa 145 PS pada 6,000 rpm dan tork 188 Nm. Enjin ini dipadankan dengan Lineartronic CVT dengan motor elektrik 13.6 PS/65 Nm, dengan kuasa yang disalurkan ke semua empat roda menerusi sistem Symmetrical AWD ciptaan Subaru sendiri.

Motor elektrik dari pek bateri lithium-ion 4.8 Ah yang diletakkan di bawah lantai but, yang memerlukan tangki bahan api yang lebih kecil dengan kapasiti 48 liter berbanding 63 liter dalam varian bukan hibrid. Ia juga merupakan XV paling berat dalam barisan (untuk pasaran Jepun) pada 1,825 kg (berat kasar).

GALERI: Subaru XV e-Boxer

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required