Pemandu Grab dilarang mencari atau menunggu penumpang termasuk di lapangan terbang – JPJ

Pemandu Grab dilarang mencari atau menunggu penumpang termasuk di lapangan terbang – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan arahan baharu dengan menyatakan bahawa pemandu kenderaan e-hailing atau Grab dilarang mencari atau menunggu penumpang di mana-mana lokasi termasuklah di lapangan terbang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perkara itu termaktub di bawah syarat-syarat lesen pengendalian e-hailing yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, laporan Bernama.

Di mana pemandu e-hailing dikehendaki mematuhi salah satu daripada syarat perkhidmatan tersebut iaitu pemandu hendaklah mengambil penumpang yang dilanggan melalui perkhidmatan atas talian mudah alih atau aplikasi yang disediakan oleh syarikat pengendali.

Arahan tersebut turut menyebut, mana-mana pemandu perkhidmatan e-hailing yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan tersebut.

Menurut JPJ, kenyataan itu dikeluarkan berhubung dakwaan pemandu Grab disaman JPJ di bawah kesalahan menggunakan Lesen Kenderaan Moto (LKM) kerana mengambil pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Selasa lalu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • dah tu mcm mana pemandu ehealing nk.dpt penumpang klau tido kat rumah je,,,jpj sekolah balik anggota,,,,sistem ehealing detect driver dlm lingkungan 3km tahu tak

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Ibrahim on Jan 04, 2019 at 9:23 pm

    Hahahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhammad Ariff on Nov 03, 2019 at 7:00 pm

    Saya pemandu grab di sibu sarawak. Sekarang bnyk kereta tidak berdaftar teksi atau grab dan lainx.. bnyk kereta menunggu penumpang di terminal bas sibu sambil mengenakan harga kepada penumpang dengan kenderaan yg x berdaftar e hailing, atau teksi ke.. ada juga kenderaan (kereta sapu) sruh penumpang cancel booking grab .. minta ambil perhatian terhadap kenderaan seperti itu sebab kadang2 sesama merwka pon bergaduh. Tindak

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required