Rangkuman pencapaian industri automotif Malaysia 2018 – pasaran eksport komponen berpotensi besar

Rangkuman pencapaian industri automotif Malaysia 2018 – pasaran eksport komponen berpotensi besar

Institut Automotif, Robotik dan Iot Malaysia (MARii) memaklumkan, industri automotif di Malaysia terus memainkan peranan penting sepanjang tahun 2018, menyumbang sebanyak 4.2% daripada gross domestic product (GDP). Jumlah keseluruhan industri (TIV) juga berjaya mengatasi pencapaian tahun sebelumnya, dengan beberapa cabang lain dikenal pasti mempunyai potensi yang lebih besar.

CEO MARii, Datuk Madani Sahari mendedahkan, antara cabang berpotensi itu ialah aktiviti eksport alatan dan komponen, yang mencapai tanda aras baru dengan jumlah RM12.1 bilion pada 2018. Jika dibandingkan dengan tahun 2014 yang mencatatkan RM4.7 bilion.

Bagi tahun lalu, TIV dan jumlah keseluruhan pengeluaran (TPV) memperlihatkan peningkatan, dengan masing-masing mencatatkan 603,664 unit dan 572,471 unit. Tahun ini pula, kadar TIV dan TPV berkenaan dijangka tumbuh kurang daripada satu peratus, dengan anggaran 605,898 unit (naik 0.37%) bagi TIV manakala TPV pula 575,603 unit (naik 0.55%). Sumbangan daripada aktiviti eksport alatan dan komponen pula dijangka bertambah kepada RM13.03 bilion (naik 7.69%) tahun ini.

Rangkuman pencapaian industri automotif Malaysia 2018 – pasaran eksport komponen berpotensi besar

Beliau menambah, pengilangan semula alatan dan komponen, yang meningkat kepada RM523.1 juta pada 2018 merupakan pasaran yang belum diterokai sepenuhnya dan sangat berpotensi untuk dikembangkan. Sasarannya adalah untuk mencapai nilai RM700 juta bagi tahun 2019.

Lain-lain perkembangan positif yang ditunjukkan termasuk bagi eksport kenderaan CBU, yang naik semula daripada penyusutan tahun 2017 dan mencecah nilai RM2 bilion bagi tahun 2018. Pasaran eksport ini dilihat mampu memberikan pulangan positif yang lebih besar bagi tahun 2019 dan di masa hadapan.

Tahun lalu juga, sebanyak 64,839 pekerjaan diwujudkan dalam lapangan pengilangan dan lepas jualan. Bagaimanapun, tahun ini jumlahnya dijangka lebih rendah (59,942). Selain itu, kadar penembusan pemilikan kenderaan EEV juga semakin tinggi, dengan 62%, dan dijangka akan mencapai 70% bagi tahun ini.

Rangkuman pencapaian industri automotif Malaysia 2018 – pasaran eksport komponen berpotensi besar

Dari aspek perancangan masa depan pula, MARii turut berkongsi pelan yang akan dilaksanakan tahun ini. Ia termasuklah pengenalan pengilangan bateri lithium-ion, yang bukan sekadar untuk industri automotif sahaja. Projek ini, sebaik dilaksanakan nanti, bakal menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di rantau ini yang mengeluarkan bateri lithium-ion berkenaan – sasarannya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai hub untuk tujuan itu.

Turut dijangka akan diwujudkan tahun ini ialah kemudahan pengujuan kenderaan autonomous (AVTB) serta pusat silang-operasi EV (EVIC) serta pusat kajian pelaksanaan biodiesel. Pusat kajian biodiesel berkenaan akan berperanan untuk mempersiapkan Malaysia bagi penggunaan biodiesel B15 dan B20 kelak.

Beberapa kemudahan terpencar MARii juga akan dibuka bagi menjalankan kajian berkaitan. Antaranya ia akan berada dilokasi seperti berikut; Kota Kinabalu, Langkawi, UiTM Shah Alam, UPM Serdang, UKM Bangi dan UCTS Sibu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required