Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition hadir dengan V8 550 PS – hanya untuk setahun sahaja

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition hadir dengan V8 550 PS – hanya untuk setahun sahaja

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition, SUV mewah dengan nama yang agak panjang, kini telah diperkenalkan, namun hanya akan dijual dalam tempoh yang agak terhad, hanya dalam tempoh setahun sahaja.

Ia juga dikhabarkan sebagai Velar yang paling laju dan paling berkuasa yang pernah dikeluarkan oleh syarikat pengeluarnya, dengan kelajuan maksimum sehingga 274 km/j dan 0-100 km/j boleh dicapai dalam 4.5 saat. Hanya satu alasan mengapa Velar SVA ini begitu pantas kerana ia dilengkapi dengan enjin 5.0 liter supercharged V8 yang mampu memberinya kuasa sehingga 550 PS dan tork 680 Nm.

Penjana kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan, pacuan semua-roda dan Active Rear Locking Differential, semua dikalibrasi khusus untuk digunakan dengan V8, juga membantu mengurangkan berat sebanyak 7.1 kg berbanding rekaan standard.

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition hadir dengan V8 550 PS – hanya untuk setahun sahaja

Untuk menampakkan keunikannya, Velar SVA menerima brek yang lebih pandu, dengan cakera 395-mm pada hadapan dan 396-mm untuk belakang – dengan sebelum ini digandingkan bersama kaliper empat-omboh. Kaliper ini dicat dengan warna merah dan tertulis perkataan Land Rover – kemasan hitam berkilat pula menampilkan imej yang lebih menonjol.

Untuk prestasi dan kawalan dinamik yang lebih baik, SUV ini turut menerima palang anti-olengan yang dipertingkatkan dan semakan semula terhadap Continuosly Variable Damper yang mampu memberikan kerjasama lebih baik dengan gegelung suspensi udara yang lebih tegar. Stereng berkuasa elektrik juga telah ditala semula untuk menyesuaikannya dengan pemanduan jalanan yang lebih mengghairahkan bila diperlukan.

Selain prestasi, Velar SVA masih mengekalkan penampilannya, dengan hanya satu perubahan luaran yang dilakukan dengan kehadiran bampar hadapan baharu untuk menyesuaipadankan dengan V8 dan brek yang lebih menonjol. Selain itu, ia juga dipadankan dengan gril baharu, roda 21-inci (pilihan 22-inci turut ditawarkan) dan moulding sisi yang lebih rendah, sementara kemasan bampar belakang dengan ekzos yang lebih sporty turut ditampilkan.

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition hadir dengan V8 550 PS – hanya untuk setahun sahaja

Untuk dalamannya, ia masih mengekalkan larasan 20-hala bagi tempat duduk hadapan, sistem infotainmen Touch Pro Duo, Interactive Driver Display bersaiz 12.3-inci dan untuk sedikit ekstra, pilihan pakej gentian karbon ditawarkan.

Harga bermula 86,120 pound Britain (RM452,477), dan pembeli akan menerima enam pilihan kemasan luaran – Firenze Red, Santorini Black, Corris Grey, Fuji White, Indus Silver dan Satin Byron Blue. Yang terakhir itu merupakan kemasan cat metalik daripada barisan Special Vehicle Operations’ Premium Palette, dan ia eksklusif untuk Velar SVA.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required