Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive baharu terbukti enjin lebih responsif, lancar dan penjimatan efisien

Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive baharu terbukti enjin lebih responsif, lancar dan penjimatan efisien

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Petronas telah pun melancarkan bahan api baharunya, Primax 95 dengan Pro-Drive yang didatangkan dengan ciri “Dual Friction Modifier” yang pertama di dunia. Kini, bahan api baharu ini telah pun dijual di semua stesen Petronas di seluruh negara mulai 29 Januari lalu.

Menurut Petronas, Primax 95 dengan Pro-Drive direka sepenuhnya di Malaysia sebelum turut diuji di Amerika Syarikat, malah telah melibatkan proses pembangunannya selama dua tahun. Ia juga telah menjalani begitu banyak proses ujian dalam pelbagai peringkat untuk memastikan kualitinya adalah lebih berbanding teknologi yang sebelum ini hanya menggunakan Friction Modifier tunggal.

Bukan itu sahaja, Petronas juga telah menganjurkan beberapa siri ujian dengan menjemput pengguna bagi merasai pengalaman prestasi dan merasai perbezaan antara Primax 95 terdahulu dengan yang diterapkan teknologi baharu ini. Malah penulis turut diundang untuk menyertai salah satu siri ujian yang dilakukan pada November lalu. Dengan memandu kereta sendiri, konvoi yang turut disertai hampir 15 buah kereta memulakan perjalanan dari Batu Tiga, Shah Alam, menuju ke Ipoh, Perak. Untungnya menggunakan kereta sendiri, kita mampu mengagak dan mengetahui penggunaan bahan api bagi jarak tertentu.

Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive baharu terbukti enjin lebih responsif, lancar dan penjimatan efisien

Malah sehari sebelum sesi ini berlangsung, kami dimaklumkan oleh Petronas untuk mengosongkan tangki bahan api sebaik sahaja tiba di lokasi berkumpul di Batu Tiga. Dengan keadaan jalan yang agak sesak menuju ke sana, indikator bahan api sudah berkelip-kelip menandakan tangkinya hampir kering. Penulis yang sudah terbiasa akan mengisi minyak apabila meter bahan api menunjukkan baki tinggal 1-2 bar, jadi perasaan cuak pantas menguasai diri. Sampai saja di pintu masuk lokasi berkenaan, enjin terus terhenti sendiri menandakan tangki bahan api sudah kosong. Fuh! Tepat pada masanya.

Kemudian krew Petronas segera mengisi semula tangki bahan api, tapi hanya sekitar 15 liter sahaja. Kami memulakan perjalanan selepas sarapan pagi dan diberikan penerangan oleh Harvinder Singh selaku ketua konvoi. Memandu di Lebuhraya Utara-Selatan dengan kelajuan sekitar 100-110 km/j dengan keadaan trafik yang normal. Kami juga tidak dimaklumkan sama ada bahan api Primax yang lama atau pun yang baharu, jadi kami hanya merasai pengalaman pemanduan yang seadanya. Hampir dua jam memandu, dengan jarak 200.1 km, kami sampai di Ipoh. Meter bahan api menunjukkan ada lagi berbaki 60 km.

Untuk perjalanan kembali ke Shah Alam, sekali lagi setiap kereta diisi bahan api petrol sebanyak 35 liter. Untuk bahan api ini, pemanduan terasa lebih lancar, malah prestasi enjin juga lebih menguja. Enjin tak berapa bising, lebih cepat pick-up bermakna untuk melakukan pecutan atau pun memotong kenderaan, lebih terasa lancar, tidak seperti minyak yang digunakan dalam perjalanan pergi. Dalam hati terdetik, mungkin inilah minyak baharu Petronas. Tepat juga telahan penulis selepas bertanya kepada seorang krew. Sampai semula ke Shah Alam, meter bahan api menunjukkan 230 km lagi jarak yang boleh pergi dengan baki minyak yang ada. Wah, ternyata lebih menjimatkan.

Malah peserta konvoi turut berkongsi pandangan yang sama, masing-masing setuju dengan bahan api dalam perjalanan balik lebih berprestasi walau pun corak pemanduan berbeza, model kereta juga pelbagai. Malah secara tidak langsung ia turut memberikan penjimatan yang lebih efisien, selain enjin lebih responsif dan lancar. Ini pastinya memberikan lebih banyak bonus buat Petronas dalam menarik perhatian pelanggannya. Menghasilkan bahan api yang menepati keinginan para pengguna dengan memberikan prestasi enjin yang lebih baik dan penjimatan yang lebih efisien.

Setelah dilancarkan pada Januari lalu, barulah terbongkar mengenai teknologi yang digunakan oleh Primax 95 dengan Dual Drive yang dirumuskan bersama ciri “Dual Friction Modifier”. Menurut Petronas, bahan api baharu ini berkeupayaan mengurangkan geseran dalam enjin sebanyak 20% berbanding bahan api dengan modifier tunggal. Kesannya, enjin kenderaan menjadi lebih lancar dan responsif. Kedua, ia juga hadir dengan “Double Detergent” yang berupaya membersihkan sehingga 99% deposit karbon.

Selain itu, petrol baharu ini juga hadir dengan ciri anti-hakisan enjin yang kini menyediakan dua kali lebih perlindungan kepada enjin. Ujian dan pemerhatian Petronas ke atas kenderaan juga mendapati, tenaga bateri yang tersisa masih berbaki 2% berbanding penggunaan petrol biasa. Ia juga menggunakan kurang tenaga bateri dan bahan api bagi satu jarak perjalanan yang sama.

Perkara inilah yang cukup diperlukan oleh pengguna kita di Malaysia. Malah usaha yang dilakukan oleh Petronas untuk menghasilkan bahan api yang menepati keperluan dan pastinya terdorong dengan banyak kelebihan pastinya mudah menarik perhatian pengguna untuk memilihnya. Kombinasi prestasi enjin yang responsif, lancar dan penjimatan yang efisien, merupakan pakej yang dicari-cari oleh pemandu, apatah lagi dengan keadaan harga runcit bahan api yang ada perubahan boleh dikatakan saban minggu. Sudah pasti pengguna mencari dan memilih bahan api yang lebih bersesuaian dengan kondisi kereta dan poket mereka.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • minyak macam air

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Petronas punya minyak bermutu punya, itu pasal air hanya sesuatu peniaga yang tidak berhati buatkan. Ini 95 Pro Drive dah tunjukkan minyak kualiti Petronas.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Zamil on Mar 17, 2019 at 9:42 pm

      Memang pun, saya dah gunakan minyak mereka beberapa tahun dan kualiti minyak mereka memang ada jaminan. Boleh cubakan 95 Pro Drive ini yang kuat dah tahu benar atau tidak.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Rushdan on Mar 09, 2019 at 12:50 pm

    Salah kira ke ni?

    Shah Alam-Perak = 15 liter = 200.1km perjalanan +60km baki = 260.1km = 17.33km/liter

    Perak – Shah Alam = 35 liter = 200.1km perjalanan (assume same distance sbb tidak dinyatakan didalam artikel) + 230km baki – 60km baki asal = 370km = 10.57km/liter

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Mungkin banyak kereta kot, enviroment pemanduan pon tak sama. saya guna ni dah lebih sebulan.. boleh kata jimat tu betul la juga. Saya drive dari Ipoh- Taping hari2 ada la lebih satu bar kalau nak beza petrol yang lain

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • daisy on Mar 13, 2019 at 2:39 pm

        same here…. saya guna ni bukan saja jimat minyak, kereta punya performance pon bertambah baik

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Zukriah on Mar 15, 2019 at 9:42 pm

          Saya sendiri juga sedang gunakan dengan 95 Pro Drive ini kerana suka kepada kualitinya yang memang lebih baik dan kuat dapat jagakan enjin kereta kami.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Shurika on Mar 16, 2019 at 5:07 pm

          Sama juga, kerana saya sendiri sentiasa keluar ke negeri lain minyak gunakan agak banyak. Tapi 95 Pro Drive ini yang kuat dan dah jimatkan minyak kereta saya.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Fruity on Mar 11, 2019 at 10:11 pm

    Tunggu aku cuba dulu tenggok apa beza nanti… tapi sudah kawan sudah tukar ni cakap baik jadi aku pun nak cuba dulu…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Hamril on Mar 17, 2019 at 9:59 pm

      Berbaloi untuk cubakan 95 Pro Drive ini kerana walaupun kualiti dan fungsi minyak ditambahbaikan tapi harga masih sama.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • LeongXin on Mar 11, 2019 at 10:29 pm

    Jadi pro drive ni akan jimat minyak dlm perjalanan? aku baru tukar minyak ni shj… belum lagi tahu apa kegunaan minyak ni…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Salah satu kebaikan dia la… Sekarang dah guna lebih sebulan, bunyi enjin pon dah kurang, lepas 2 3 minggu, enjin memang rasa lebih responsive…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Kawan saya beritahu kepada saya tentang minyak ini lebih kuat dan jimat selepas dia cubakan. Saya juga inigin cubakan dengan minyak baru ini. Boleh berkongsi pengalaman kau juga

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Tigar on Mar 18, 2019 at 12:49 am

      aku tukar ke pro drive rasa lebih mileage dari dulu ron95 lama rm50 pakai 300km, skrg pro drive ni rm50 dpt lebih 40+km…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • BabiFinger on Mar 11, 2019 at 10:41 pm

    apa double detergent itu blh bantu? aku sudah guna tapi x rasa apa2 pun mungkin saya x erti kereta…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Damira on Mar 13, 2019 at 11:35 am

      Ada beza… boleh tgk dekat piston makin bersih dari guna fuel yang tak ada double detergent…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • bagi saya ada.. sebab kereta makin responsive.. fungsi double detergent ni tak nak kasi injector enjin kotor sbb nnti minyak tak bakar dgn elok…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • BabiFinger on Mar 16, 2019 at 1:45 pm

          fungsi2 pro drive mmg byk! sekiranya dpt bantu jaga enjin sudah ok, janji sudah guna blh jimat wang… hahaha

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Shurika on Mar 17, 2019 at 10:50 pm

          Ya, makin lama enjin menjadi kotor fungsinya akan dijejaskan lebih lama enjin kereta lebih banyak masalah dan lambat perlu sentiasa servis.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Jazki on Mar 17, 2019 at 11:21 pm

          Rupanya, penting sangat fungsi minyak 95 Pro Drive ini dah jelas sekarang akan lebih jaga enjin dengan gunakan minyak ini.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Shurika on Mar 16, 2019 at 5:04 pm

      Ada bantu punya dengan itu yang barang hebat dengan jagakan enjin kereta kami lebih bersih dan keadaan baik lebih tahan.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Dippe on Mar 18, 2019 at 12:47 am

        nak jaga enjin bukan kena sentiasa tukar minyak hitam dan service ke? hanya taruk pro drive ni sudah blh ke? x berapa percaya jer..

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Tigar on Mar 18, 2019 at 12:46 am

      bahan kiamia dia blh menlindungi enjin bila berapi… jadi berbakar minyak tu akan habis kiama tu jadi minyak lebih bersih kot…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Cantik betul kereta ini !! ada siapa tahu apa model kereta ini ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Zukriah on Mar 12, 2019 at 11:17 pm

    Dah nampak gambar di atas dah rindu tentang masa balik kampung dengan gembira dapat rehat dekat kampung. Pandangan cantik betul

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Zukriah on Mar 15, 2019 at 9:26 pm

    Itu kereta suzuki atau kia, Petronas ini macam menjalankan percubaan dengan 95 Pro Drive mereka. Lihat hasil lumba ini, minyak ini memang kuat berbanding dengan RON 95 yang biasa.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • BabiFinger on Mar 16, 2019 at 1:43 pm

      Ron95 pro drive ni ada kaji dari luar negara dan 93% hampir sama F1 petrol, mmg hebat dari segi speed dan lebih responsive

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Jazki on Mar 16, 2019 at 4:56 pm

      Saya juga rasa gambar itu kereta suzuki, abang dah benar cubakan minyak 95 Pro Drive ini? saya tengok atas memperkenalkan macam hebat sangat.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Hamril on Mar 17, 2019 at 9:56 pm

        Dah cubakan tu 95 Pro Drive dan sehingga sekarang pun gunakan. Memang kuat seperti atas memperkenalkan dan dia ni gunakan formula dari negara Europe hasilkan minyak ini.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Sprizi on Mar 18, 2019 at 12:44 am

        saya suka sebab petrol nin blh membersihkan enjin, lepas guna mmg rasa enjin bunyi kurang bunyi dan pick up pun sudah jadi cepat…

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Dippe on Mar 18, 2019 at 12:45 am

      Aku sudah guna mcm biasa jer… x rasa apa2 pun… kereta pun masih makan minyak… pro drive lagi apa blh bantu?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Jazki on Mar 16, 2019 at 4:54 pm

    Ini ke minyak kereta baru? Petronas yang keluarkan rasanya boleh tahan dan cubakan je.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Zamil on Mar 17, 2019 at 9:39 pm

      Ini merupakan Ron 95 baru yang diperkenalkan oleh Petronas 95 Pro Drive dengan fungsinya ditambahkan lebih kuat dan lebih baik kepada enjin kereta.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Shurika on Mar 17, 2019 at 10:56 pm

      95 Pro Drive ini dah keluarkan 2 bulan lepas tapi lebih banyak orang gunakan. Kereta kawan saya juga selepas tukarkan minyak ini enjin yang selalu bermasalah dah kurangkan.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Sprizi on Mar 18, 2019 at 12:42 am

      pun sudah sebulan lebih dah… petrol ni panggil pro drive mmg luar biasa berbanding drpd ron95 yg lama… lebih responsive

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required