GoCar Subscription tawar langganan kereta tanpa bayaran pendahuluan, insurans dan penyelenggaraan

GoCar Subscription tawar langganan kereta tanpa bayaran pendahuluan, insurans dan penyelenggaraan

GoCar Malaysia telah mengumumkan perkhidmatan langganan kereta baharu, GoCar Subsciption, yang menawarkan pengalaman pemilikan tanpa membabitkan pembelian biasa yang melibatkan bayaran pendahuluan yang tinggi dan juga insurans.

Bukan itu sahaja, GoCar Subscription juga memberikan pilihan kepada pelanggan untuk membatalkan langganan apabila diperlukan, jadi tidak terikat dengan pajakan kereta dalam tempoh bertahun-tahun. Malah deposit sebanyak RM2,500 yang dikenakan pada awal langganan akan dipulangkan.

Sebagai contoh, syarikat terbabit menawarkan kenderaan seperti Nissan Almera dengan yuran bulanan sebanyak RM1,600, dan Renault Captur pula RM2,500 sebulan. Bayaran bulanan tersebut termasuklah caj tambahan untuk insurans, cukai jalan, penyelenggaran, perbatuan dan bantuan tepi jalan.

GoCar Subscription tawar langganan kereta tanpa bayaran pendahuluan, insurans dan penyelenggaraan

Sebagai sebahagian daripada program pelancaran, GoCar menawarkan potongan sebanyak 50% untuk bulan pertama (hanya untuk ahli GoCar sahaja, dengan komitmen tiga-bulan) apabila pelanggan mendaftar GoCar Subsciption antara 10 julai 2019 hingga 9 Oktober 2019.

Bagi yang mahukan kelonggaran untuk membatalkan langganan pada bila-bila masa, pelanggan boleh memilih langganan secara bulanan. Apa yang menariknya, GoCar juga membenarkan dua orang pemandu tambahan untuk satu kereta, tetapi mereka mestilah juga menjadi ahli GoCar dan hadir semasa proses pendaftaran.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required