PLUS bakal laksana pembayaran terbuka melalui kad kredit/debit di plaza tol menjelang akhir tahun ini

PLUS bakal laksana pembayaran terbuka melalui kad kredit/debit di plaza tol menjelang akhir tahun ini

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) mengumumkan bakal membenarkan pengguna di semua lebuhrayanya membuat pembayaran terbuka untuk tol melalui kad kredit atau debit yang dihubungkan terus kepada sistem pengenalan frekuensi radio (RFID), selain daripada kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG, menjelang akhir tahun ini.

Sebagai persediaan ke arah itu, PLUS kini dalam proses menaik taraf infrastruktur membabitkan plaza tol di lebuh raya kendalian bertujuan menawarkan lebih banyak pilihan mod pembayaran buat pengguna.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, dengan kemudahan terbaharu itu, pengguna PLUS tidak akan perlu lagi bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG selain tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi.

“Apabila naik taraf itu selesai akhir tahun ini, pengguna boleh membuat pembayaran terbuka itu dengan menghubungkan kad kredit, kad debit atau mana-mana e-dompet ke RFID PLUS. Bukan itu sahaja, PLUS juga dalam proses untuk membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Berita Harian.

PLUS bakal laksana pembayaran terbuka melalui kad kredit/debit di plaza tol menjelang akhir tahun ini

Tambah Azman lagi, kaedah itu boleh membantu mengurangkan kesesakan sewaktu pembayaran di pondok tol, selain mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai.

“Salah satu daripada punca utama kesesakan di plaza tol sebenarnya berpunca daripada kaedah pembayaran di plaza tol itu sendiri sama ada pembayaran menerusi kad TnG atau SmartTAG yang disebabkan oleh masalah baki kurang yang menyebabkan palang tol tidak akan terangkat. Masalah terlupa menambah nilai juga kerap berlaku kerana kebiasaannya pengguna akan meninggalkan kad TnG di dalam kereta dan tidak membawanya bersama-sama, berbeza dengan dompet atau telefon pintar,” katanya lagi.

Justeru, dengan langkah yang bakal diperkenalkan ini, pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan pembayaran dengan menjadikan kad debit dan kredit sebagai antara mod pembayaran dengan harapan dapat mengatasi masalah kesesakan di lorong tol.

Azman turut berkata, PLUS kini sedang menaik taraf 1,400 video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di semua lebuh raya kepada kamera jenis definisi tinggi ultra (UHD). Katanya, ketika ini hanya 10% CCTV sudah dinaik taraf kepada jenis UHD, yang akan turut dilengkapi dengan perisian analitik video bagi menyediakan data keadaan trafik dan punca kesesakan kepada PLUS.

“Imej yang dirakamkan oleh CCTV ini boleh dilihat sendiri oleh pengguna di aplikasi mudah alih PLUS, jadi sepanjang perjalanan pengguna boleh mengetahui keadaan semasa trafik. Sebaik perisian analitik video ini dibangunkan sepenuhnya dan dipasang di semua CCTV di lebuh raya kami, syarikat akan memasangnya di semua 24 kawasan rehat dan rawat pula,” katanya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required