Renault Koleos facelift 2020 dibuka untuk tempahan, dari RM180k – bakal diperkenalkan di PACE 2019!

Renault Koleos facelift 2020 dibuka untuk tempahan, dari RM180k – bakal diperkenalkan di PACE 2019!

TC Euro Cars (TCEC), pengedar rasmi bagi jenama Renault di Malaysia, telah pun membuka tempahan bagi SUV Koleos facelift 2020, yang dijangka akan berada di pasaran tempatan tidak lama lagi. Terdapat dua varian Koleos yang ditawarkan, iaitu Koleos standard dengan harga RM179,888 dan Koleos Signature berharga RM189,888.

Harga ini termasuk waranti pengeluaran selama lima-tahun dengan perbatuan tanpa had, serta penyelenggaraan percuma selama lima-tahun atau 100,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Bagi yang membuat tempahan pada November, bakal menikmati ganjaran sehingga RM15,000 apabila menukar milik kenderaan sedia ada – nilai tersebut akan ditambah dengan apa yang ditawarkan selepas proses penilaian kenderaan.

Kalau anda tidak mahu terikat dengan pinjaman konvensional, anda boleh memiliki Koleos menerusi Renault Subscription dengan bayaran bulanan sebanyak RM2,299. Perincian lebih lanjut dalam jadual di bawah.

Renault Koleos facelift 2020 dibuka untuk tempahan, dari RM180k – bakal diperkenalkan di PACE 2019!

SUV segmen-D ini masih mengekalkan enjin yang sama seperti sebelum ini iaitu 2.5 liter naturally-aspirated empat-silinder dengan hamburan kuasa 171 PS dan tork 226 Nm. Ia dipadankan dengan X-Tronic CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan, menawarkan anggaran penjimatan bahan api sekitar 8.1 liter per 100 km.

Antara ciri yang dipertingkatkan untuk model facelift ini termasuklah bampar hadapan baharu dengan kemasan krom yang ditambah sehinggalah ke sekeliling lampu kabus. Bampar belakang juga baharu, menampilkan perincian krom tambahan dengan kemasan dua-tona.

Versi Koleos yang lebih murah dipadankan dengan roda 18-inci, sementara varian Signature menerima roda 19-inci. Malah warna luaran baharu turut diperkenalkan iaitu Amethyst Black, Millesime Red, dan Ultra Silver. Manakala warna sedia ada Universal White dan Black Metallic masih dikekalkan.

Renault Koleos facelift 2020 dibuka untuk tempahan, dari RM180k – bakal diperkenalkan di PACE 2019!

DASHBOARD – BROWN LEATHER TRIM – RIGHT-HAND DRIVE

Di dalamnya, ia didatangkan dengan sistem infotainmen R-Link2 8.7-inci baharu yang mampu menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, serta kedua-dua tempat duduk hadapan dengan larasan berkuasa. Manakala tempat duduk belakang pula kini tampil dengan fungsi yang boleh dibaringkan untuk keselesaan optimum. Manakala bumbung matahari panoramik hanya untuk Koleos Signature. Kedua-dua varian juga menerima tailgate larasan kuasa bebas tangan secara standard.

Mahu tengok Koleos baharu ini di hadapan mata? Berita baik! Ia akan dipamerkan di Premium Auto Car Expo (PACE) 2019 anjuran paultan.org – yang ditaja bersama oleh Michelin dan TyrePlus – pada hujung minggu ini di Setia City Convention Centre. Kami juga bakal berada di sana!

Apa yang menariknya, jika anda mendaftar untuk PACE 2019, anda berpeluang menerima semua promosi yang ditawarkan untuk pembelian kereta baharu di lokasi tersebut. Untuk 150 pelanggan pertama, bakal menerima baucer bernilai RM2,450 (tertakluk pada terma & syarat), yang merangkumi baucar 3M tinting bernilai RM770, baucer keahlian Babel Fit gym (RM680), baucer membeli-belah Reebonz (RM500) dan baucer Kuzig Glanz bernilai RM500. Kita jumpa di sana okay!

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required