Thailand akan tubuhkan panel kenderaan elektrik nasional dalam masa 3 bulan bagi pacu pembangunan

Thailand akan tubuhkan panel kenderaan elektrik nasional dalam masa 3 bulan bagi pacu pembangunan

Thailand nampaknya benar-benar serius untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) dalam negara berkenaan dengan penubuhan Komiti Kenderaan Generasi Baharu yang akan dilengkapkan hanya dalam masa tiga bulan dari sekarang. Menurut kementerian industri Thailand, badan berkenaan bakal mempercepatkan pembangunan pasaran EV berbanding negara-negara ASEAN lain.

Langkah ini diambil selepas kerajaan Thailand membuat permintaan terhadap dua agensi awam dan swasta, serta sebagai langkah selanjutnya yang dibuat berdasarkan cadangan yang dikemukan oleh Institut Automotif Thailand (TAI) September lalu untuk mewujudkan satu komiti bagi memacu skim EV kerajaan serta meningkatkan jualan seiring dengan pembangunan pasaran.

Menurut menteri industri Thailand, Suriya Jungrungreangkit, komiti baharu berkenaan akan menyatukan pegawai-pegawai dari tiga kementerian (industri, tenaga dan pengangkutan) bagi mewujudkan polisi-polisi EV. “Kementerian bersetuju untuk mempercepatkan polisi-polisi EV kerana sektor ini telah diangkat sebagai industri yang disasarkan di bawah polisi S-curve,” katanya.

“Kementerian akan meminta timbalan perdana menteri Somkid Jatusripitak untuk meluluskan komiti ini tidak lama lagi, dan perdana menteri Prayut Chan-o-cha turut akan diberitahu,” tambahnya.

Thailand akan tubuhkan panel kenderaan elektrik nasional dalam masa 3 bulan bagi pacu pembangunan

Usaha bagi mempromosikan industri EV di Thailand bermula pada Mac 2017, apabila kerajaannya menerusi lembaga pelaburan (BoI) negara tersebut menawarkan pelbagai keistimewaan pelaburan (sejak ia berakhir pada 2018) kepada syarikat-syarikat, dengan teknologi hybrid, plug-in hybrid dan elektrik sepenuhnya.

BoI melaporkan 13 syarikat telah menerima keistimewaan EV tersebut, termasuk Toyota, Honda, Nissan, Mazda, Mercedes-Benz, BMW, SAIC Motor-CP, Mitsubishi dan Mine Mobility, tetapi Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) menyatakan bahawa tawaran baharu berkenaan tidak memberikan banyak insentif pada perkara yang diperlukan.

Terdapat juga berberapa pengeluar turut menunda rancangan pelaburan mereka selepas kerajaan tidak bersetuju dengan permintaan volum mereka bagi mengimport EV tanpa duti.

Antara yang turut mahukan usaha ini dipercepatkan adalah Jaringan Pembangunan Berpotensi Thailand. Pengerusinya Somchai Sarovat berkata satu rancangan yang jelas diperlukan kerana tiga kenderaan dengan teknologi elektrik dibenarkan, menyebabkan pengeluar hanya melabur dalam teknologi paling rendah iaitu hybrid dan bukan model-model elektrik sepenuhnya seperti yang diharapkan kerajaan.

Thailand akan tubuhkan panel kenderaan elektrik nasional dalam masa 3 bulan bagi pacu pembangunan

Menurutnya, polisi-polisi EV buat masa sekarang tidak mempunyai komiti yang bertanggungjawab dan memantau, manakala tiga kementerian berkenaan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau mengambil tindakan. Beliau turut menambah kerajaan perlu melihat semula polisi-polisi EV bagi mendapatkan hanya satu jalan dan selari dengan perubahan global. “Jaringan meminta kerajaan supaya menyokong hanya teknologi tertinggi, iaitu EV bateri,” tegas Somchai.

“Teknologi EV ini berubah dengan begitu cepat pada peringkat global dan menggangu produksi kereta dan komponen. Jaringan mahu melihat kereta-kereta baharu yang dijana bateri di jalan-jalan raya tempatan. Jika tidak, Thailand akan ketinggalan berbanding negara-negara jiran yang mana kerajaan mereka kini sedang mempercepatkan pembangunan asas EV ini,” jelasnya.

Rancangan jangka masa panjang TAI untuk Thailand adalah untuk menjadikan negara tersebut sebagai hab produksi EV bagi pasaran Asia Tenggara, dengan sasaran menghasilkan kereta elektrik sebanyak 2.5 juta menjelang 2030, di mana 1.5 juta dari padanya adalah untuk pasaran domestik.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required