Petrol RON95 dengan gred tinggi E4M bakal dijual di pasaran Malaysia mulai Jan 2020 – KPDNHEP

Petrol RON95 dengan gred tinggi E4M bakal dijual di pasaran Malaysia mulai Jan 2020 – KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memaklumkan, mulai Januari 2020 ini, petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara.

Menurut Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

“Pihak industri telah bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak telah dan sedang dijalankan. Buat masa ini, tidak banyak negara yang mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakannya ialah United Kingdom dan Australia,”ujarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Tambahnya lagi, KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Petrol RON95 dengan gred tinggi E4M bakal dijual di pasaran Malaysia mulai Jan 2020 – KPDNHEP

Muez berkata mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sebelum ini, menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismailpernah berkata pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha untuk mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar” dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan telah bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 Sept 2015, RON95 E4M (1 Okt 2018), Diesel EURO5 (1 Sept 2020) dan Petrol EURO5 (1 Sept 2025).

Walau bagaimana pun, pada 5 Okt 2018, Saifuddin Nasution berkata kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Okt tahun itu ke 1 Jan 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required