Honda Airblade 2020 diperkenal di Vietnam – RM7.3k

Honda Airblade 2020 diperkenal di Vietnam – RM7.3k

Selepas Winner X, Honda sekali lagi melalukan kejutan di Vietnam dengan melancarkan sebuah skuter serba baru Airblade 2020. Airblade baru ini sebenarnya adalah model generasi kelima dengan mempunyai penampilan yang diubah sepenuhnya, tambahan pilihan enjin 150 cc (sebelum ini 125 cc) dan pelbagai lagi ciri.

Di Vietnam, untuk setiap versi Airblade 2020 (125 cc atau 150 cc), ia disediakan dalam dua pilihan versi iaitu Special dan Standard, dengan beza pada grafik serta brek sama ada CBS atau ABS (one channel). Harganya pula adalah antara 41.19 juta Dong (RM7,330) hingga 56.39 juta Dong (RM10,035).

Pada bahagian hadapan, Airblade 2020 mempunyai muka iras seperti Winner X, dengan bentuk lampu LED yang seakan sama, namun ia mempunyai jalur DRL lebih panjang ke atas. Lampu belakang juga menggunakan unit LED, yang terletak dalam satu unit bersama lampu penunjuk arah.

Untuk paparan meter, unit analog sebelum ini diganti dengan unit digital LCD baru yang nampak ringkas dan lebih kemas. Ia juga datang dengan sistem tanpa kunci, pengecas USB, ruang simpanan 22.7 liter di bawah tempat duduk (boleh menempatkan dua helmet) dan sistem Idling Stop.

Kedua-dua enjin yang ditawarkan pada Airblade 2020 ini adalah unit satu silinder suntikan bahan api penyejukan cecair dengan masing-masing mampu memberikan kuasa 11.3 hp dan 12.9 hp pada 8,500 rpm serta 11.68 Nm dan 13.3 Nm tork pada 5,000 rpm.

Kelengkapan lain pada Airblade 2020 adalah termasuk rim 14 inci (dengan tayar tanpa tiub saiz yang berbeza antara versi 125 cc dan 150 cc), tangki bahan 4.4 liter, fork teleskopik dan dua penyerap hentak di belakang (tiada tabung).


Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Maria on Dec 16, 2019 at 9:11 pm

    Ni baru la lawan nvx yang sebenar bukan banding dengan vario. Vario segmen lain sebab air blade dengan nvx masing² scooter dek tak rata. Sebenarnya honda ada peluang nak fight balik dengan yamaha kalau bawak masuk air blade. Dula honda pernah bawak masuk air blade tahun 2013 kalau tak silap cuma honda silap sebab waktu tu scooter x berapa nak booming banding dengan kapchai. Lagipon gap harga vario dengan pcx sangat jauh dan tak semua mampu nak beli scooter atas 10k. Adv 150 walaupon tak masuk lagi saya anggar mungkin boleh capai harga 11k (baca belum otr) dan pasti harga di atas pcx itu pon kalau la dia masuk malaysia. Kalau honda bawa masuk air blade konfom yamaha tak boleh cari makan sebab kalau air blade dengan adv masuk honda ada 4 skuter 150cc dan pengguna ada macam² pilihan nak beli berbanding yamaha yang hanya ada 2 skuter 155 cc.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Victor on May 27, 2020 at 4:03 am

    Saya menunggu dan terus menunggu bila Honda Air Blade akan ada di pasaran Malaysia. Jika masuk memang say akan jadi antara orang yang awal tempah. Dengan rekaan dan spesifikasi sebegini, saya yakin, air blade akan bersaing sengit dengan Yamaha NVX.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Bulan on Oct 24, 2021 at 9:48 pm

    Bila nak masuk malaysia ni..?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
 

Add a comment

required

required