Honda Winner X dilancar di Vietnam – dilengkapi brek ABS, akan tiba di negara kita sebagai RS150R V2?

Honda Winner X dilancar di Vietnam – dilengkapi brek ABS, akan tiba di negara kita sebagai RS150R V2?

Waktu yang ditunggu ramai kini sudah tiba. Honda akhirnya telah mendedahkan versi terbaru bagi model kapcai 150 cc mereka, Winner X (Winner juga dipanggil sebagai RS150R di negara kita). Gambar yang kami dapat ini adalah daripada majlis pengenalan yang dilakukan secara besar-besaran di Stadium My Dinh, Vietnam.

Spesifikasi penuh pencabar utama Yamaha Y15ZR ini masih belum dikeluarkan secara rasmi dan penjualannya pula cuma akan bermula pada 16 Julai ini di negara itu. Jadi, setakat ini apa yang kami boleh beritahu adalah berdasarkan daripada rupa luarnya sahaja (pembentangan semasa majlis pula dilakukan dalam Bahasa Jepun dan Vietnam).

Seperti yang anda boleh lihat, keseluruhan rupa motosikal ini adalah baru berbanding Winner sebelum ini, dengan lampu utamanya kini berada di bawah dan menggunakan sistem LED. Panel belakang pula kelihatan lebih gemuk dan menyerupai motosikal berkapasiti lebih tinggi. Ekzos juga telah diubah menjadi lebih pendek tetapi rekaan rim kelihatan seperti masih sama.

Satu naik taraf yang penting bagi Winner X ini adalah ia sekarang dilengkapi dengan brek ABS pada roda hadapan, sekaligus meningkatkan lagi ciri keselamatannya. Walaubagaimanapun, daripada pemahaman kami, Honda juga masih akan menawarkan versi lebih rendah yang tidak dilengkapi dengan ABS, tetapi diberikan dengan brek Combined Brake System (CBS). Brek CBS ini akan mengaktifkan sekali brek belakang apabila brek hadapan ditarik dengan kuat.

Kemudiannya panel meter juga diubah dengan menggunakan sistem LCD penuh yang lebih kecil seperti model CB150R, dan ia boleh memaparkan tahap rpm, kelajuan, kedudukan gear, jarak perjalanan, jam dan juga tahap bahan api dalam tangki. Lampu belakang Winner X ini juga lebih kecil, dan menggunakan unit LED sama seperti lampu penunjuk arah (terletak berasingan di bawah).

Harga jualan untuk Winner X di Vietnam bermula pada 45.99 juta Dong (RM8,174) iaitu untuk versi CBS, diikuti 48.99 juta Dong (RM8,708) versi Camo ABS dan 49.9 juta Dong (RM8,869) untuk versi hitam matte ABS. Untuk bahagian enjin, kami tidak menjangkakan sebarang perubahan kerana ia tidak dinyatakan sebagai bahagian penting dalam majlis pelancaran ini. Winner sebelum ini dikuasakan oleh enjin satu silinder 149.16cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair dan kotak gear enam kelajuan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required