PDRM sokong keputusan kerajaan pinda undang-undang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah

PDRM sokong keputusan kerajaan pinda undang-undang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyuarakan sokongan terhadap keputusan kerajaan untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta secara berbahaya.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, PDRM berpendirian hukuman sedia ada perlu dipertingkatkan.

“Saya sokong sepenuhnya (hukuman berat). Sekiranya tidak tangani perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bertanggungjawab ini, lebih ramai akan menjadi mangsa, “ katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Tambahnya lagi, melihat kepada perkembangan di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan negara barat lain, isu memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah begitu serius ditangani oleh pihak berkuasa asing.

“Kenapa tidak kita (Malaysia) juga ambil pendekatan yang sama,” katanya.

PDRM sokong keputusan kerajaan pinda undang-undang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat.

Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk PDRM, Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai.

Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah.

Turut akan dipinda ialah Seksyen 41 mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga mengakibatkan kematian yang kini sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun; dan denda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000.

Pindaan Seksyen 44 pula mengenai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah yang kini jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun atau tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required