Nissan Leaf selamatkan 2.1 juta tan metrik gas C02

Nissan Leaf selamatkan 2.1 juta tan metrik gas C02

Nissan Asia & Oceana mengeluarkan sebuah infografik mempromosikan kenderaan elektrik secara umum, termasuk Nissan Leaf, model EV jenama itu. Poster berkenaan bagaimanapun turut mempunyai data dan fakta menarik untuk dihadam.

Menurut kajian, hampir empat bilion orang di Asia dan Oceania – atau 92% orang dari rantau ini – terdedah kepada pencemaran udara yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan. Ini diberi lebih penekanan selepas pelancaran bank data kualiti udara masa nyatak di bawah United Nations Environment Programme (UNEP) bulan lalu. Ia menunjukkan sebahagian besar rantau ini berada pada tahap kualiti yang “tidak sihat”.

Ini berkaitan dengan usaha Nissan untuk mempromosikan kereta elektrik. Menurut mereka, sebuah kereta elektrik mampu menyelamatkan 4.6 tan metrik gas rumah hijau setiap tahun, bersamaan dengan menanam 209 batang pokok.

Nissan Leaf selamatkan 2.1 juta tan metrik gas C02

Dengan tumpuan kepada Nissan Leaf, syarikat itu memaklumkan 460,000 pemilik Leaf setakat ini telah menyumbang untuk menyelamatkan sekitar 2.1 juta tan metric CO2. Lebih daripada 81 juta pokok diperlukan untuk mengendalikan jumlah C02 secara semula jadi seperti itu dalam setahun.

Leaf yang mula berada dalam pasaran sejak 2010 telah menyaksikan semua pemiliknya melakukan 13 bilion kilometer perjalanan setakat ini; diterjemahkan angka itu bersamaan dengan jarak pemandu ke bulan lebih daripada 33,800 kali.

Dengan kadar ketika ini, bumi memerlukan pengurangan 55% terhadap pembebasan CO2 diperlukan menjelang 2030 untuk menghalang pemanasan global. Kami ada sediakan laporan pandu uji Nissan Leaf di jalanraya Malaysia jika anda ingin tahu apa yang istimewanya kereta berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required