Lagi berita baik untuk rakyat Malaysia, harga bahan api untuk minggu bertarikh 14 hingga 20 Mac 2020 nampaknya turun lagi minggu ini, tetapi tidak serendah seperti yang dijangka berberapa hari lalu.

Harga runcit bagi petrol RON 95 diumumkan turun 7 sen, menjadi 1.82 seliter berbanding RM1.89 pada minggu sebelumnya. Manakala untuk petrol RON 97 pula, ia akan dijual 2.10 seliter atau turun 9 sen berbanding minggu sebelum ini yang dijual pada harga 2.19 seliter.

Manakala harga diesel pula turun sebanyak 9 sen, menjadi RM1.87 seliter untuk Euro 2 dan RM1.97 bagi Euro 5. Minggu lalu, diesel dijual pada harga RM1.96 seliter untuk Euro 2 dan RM2.06 bagi Euro 5.

Seperti biasa, harga baharu untuk minggu baharu ini dibuat berdasarkan format mekanisma harga automatik (APM) dan kesemua harga baharu yang diumumkan ini adalah efektif bermula 12 tengah malam ini sehingga Jumaat hadapan. Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan turut mengambil langkah untuk menstabilkan harga bahan api yang tidak tentu kerana wabak COVID-19 yang melanda dunia, pada masa yang sama mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan.