Five Petroleum buka stesen pertama di Kalumpang – minyak Ultimaxx diperoleh daripada Petronas

Five Petroleum buka stesen pertama di Kalumpang – minyak Ultimaxx diperoleh daripada Petronas

Five Petroleum Malaysia kini dengan rasminya mengumumkan pelancaran jenama berkenaan untuk pasaran Malaysia dengan pembukaan stesen pertama di Kalumpang, Selangor. Pembukaan itu turut menandakan pengenalan sulung bagi barisan minyak Ultimaxx serta kedai serbaneka Woo! Mart.

Dikendalikan oleh Seng Group yang beroperasi di Pahang yang sudah terlibat dalam perniagaan runcit petrol selama lima dekad, jenama baru ini menandakan usaha sendiri yang pertama syarikat itu di dalam pernigaan yang sama. Kumpulan syarikat berkenaan sebelum ini turut mewakili BHPetrol, dengan stesen petrol yang turut dikendalikan oleh pengedar di bawah Seng Group.

Walaupun Five akan diuruskan oleh pasukan yang sama daripada Seng Group, minyak Ultimaxx yang diedarkan pula bukanlah didapatkan daripada BHPetrol. Di dalam sebuah kenyataan medianya, syarikat itu memaklumkan bahawa mereka telah mendapatkan kontrak daripada Petronas sebagai pengedar bahan api jenama itu.

Five Petroleum buka stesen pertama di Kalumpang – minyak Ultimaxx diperoleh daripada Petronas

Syarikat itu menganggarkan bakal mempunyai 200 stesen di seluruh negara, dengan pembukaannya dilakukan secara berperingkat. Walaupun tiada tempoh waktu dinyatakan, peringkat pertama akan melibatkan sekitar 30 hingga 40 stesen yang terletak di luar Lembah Klang, sebelum ia diperkenalkan pula ke bandar-bandar besar.

Five memaklumkan mereka akan menawarkan pengalaman pengisian mudah melalui aplikasi pintar baru, yang membolehkan pembayaran elektronik dengan mata ganjaran dan program kesetiaan yang bersepadu.

Ditubuhkan pada 1971, Seng Group mengendalikan stesen-setesen minyak Esso dan Mobil ketika kedua-dua jenama itu berada dalam pasaran tempatan. Kumpulan syarikat itu juga menyediakan penyelesaian operasi bagi pengendali stesen minyak, termasuk pembinaan stesen. Five Petroleum pihaknya mampu menawarkan peluang perniagaan baru dengan menawarkan tataletak stesen yang lebih kecil dan mudah bagi peniaga baru.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required