Ford Ranger Raptor 2020 bakal mendarat di Malaysia

Selepas muncul di Thailand November lalu, model kemaskini untuk trak pikap berprestasi tinggi Ford Ranger Raptor nampaknya bakal sampai ke pasaran Malaysia tidak lama lagi – pengedarnya di sini, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telahpun menyiarkan teaser untuk model berkenaan di laman Facebook rasmi mereka.

Teaser tersebut memaparkan tagline baharu iaitu “performance meets intelligence” yang mungkin petunjuk bahawa kita akan menerima Raptor dengan kemaskini sama seperti di Thailand, termasuk penambahan sistem bantuan pemanduan yang hadir sekali dengan brek kecemasan automatik (AEB).

Di Thailand, Raptor juga hadir dengan pengesan pejalan kaki dan bantuan kekal lorong. Walau bagaimanapun, sistem cruise control adaptif dan pemantau titik buta hanya disertakan pada model Wildtrak, tetapi tidak pada versi yang paling berkuasa tersebut.

Ford Ranger Raptor 2020 bakal mendarat di Malaysia

Peningkatan lain yang turut diberikan pada Raptor Thailand 2020 ini termasuk lampu hadapan bi-LED (sebelum ini LED hanya untuk lampu rendah), port USB berhampiran cermin pandang belakang untuk pemasangan dashcam. Pengenalan model kemaskini ini mungkin akan turut diberikan pada varian Wildtrak serta pengenalan model FX4.

Untuk model Wildtrak, ia dijangka akan diberikan pelbagai tingkat taraf ringan dan juga pemadanan rim aloi 18-inci baharu. Manakala bagi model FX4 pula, ia akan diasaskan dari model XLT dan hadir dengan serlahan-serlahan hitam di luar seperti sportsbar hitam, rim 18-inci hitam serta upholsteri dalaman berwarna hitam dan serlahan jahitan merah.

Harga juga masih menjadi tanda tanya. Buat masa sekarang Ranger Raptor sedia ada dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM199,888.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Learn more:

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required