Hyundai tanggung 6-bulan bayaran ansuran untuk pelanggan yang hilang pekerjaan akibat COVID-19

Hyundai tanggung 6-bulan bayaran ansuran untuk pelanggan yang hilang pekerjaan akibat COVID-19

Pandemik Coronavirus bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan risiko kematian semata-mata. Ia juga secara tidak langsung menjejaskan aktiviti perniagaan, dan lebih teruk ramai yang hilang pekerjaan kerana keadaan ekonomi yang terjejas. Faham dengan keadaan yang berlaku, Hyundai Motor America telah melancarkan program Insuran Perlindungan Kehilangan Pekerjaan yang menyaksikan jenama dari Korea tersebut menyerap bayaran bulanan selama enam-bulan untuk kereta pelanggannya yang kehilangan pekerjaan kerana pandemik COVID-19 ini.

Walau bagaimanapun, program ini hanya terhad untuk pelanggan yang membeli atau memajak kereta Hyundai mereka antara 14 Mac hingga 13 April 2020 menerusi pembiayaan Hyundai Capital. Juga, Hyundai akan menangguhkan pembayaran sehingga 90 hari untuk pembelian terpilih yang dibuat pada 30 April (dibiayai oleh Hyundai Capital), namun ia atas permintaan pelanggan. Model terpilih adalah Santa Fe, Tucson, Elantra, Elantra GT, Kona, Venue dan Accent.

“Kami faham ketidaktentuan yang melampau akibat coronavirus dan kebimbangan yang dialami oleh para pelanggan kami, dan kami mahu menerapkan legasi Hyundai yang sentiasa menolong masyarakat. Menawarkan program perlindungan kehilangan pekerjaan yang tidak pernah ditawarkan ini akan membolehkan pelanggan kami kurang satu perkara untuk dibimbangkan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada pekerjaan mereka,” kata CEO Hyundai America José Muñoz.

Hyundai tanggung 6-bulan bayaran ansuran untuk pelanggan yang hilang pekerjaan akibat COVID-19

Selain dari program ini, Hyundai turut menawarkan pelbagai skim yang melindungi pelanggan mereka di bawah naungan Hyundai Assurance seperti Insuran Pemilik dan Insuran Pembeli. Insuran Pemilik adalah termasuk dengan Perlindungan Kehilangan Pekerjaan, program Penyelenggaraan Percuma dan Waranti Terbaik Amerika, manakala Insuran Pembeli merupakan komitmen Hyundai dalam meringkaskan proses pembelian kereta.

Insuran Perlindungan Kehilangan Pekerjaan Hyundai ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ia sebelum ini telah diperkenalkan pada tahun 2009 ketika berlakunya krisis kewangan, dan ia adalah program pertama seumpanya yang ditawarkan oleh sebuah jenama automotif di Amerika. Tetapi ketika itu, program tersebut agak berlainan kerana Hyundai menawarkan pelanggan untuk memulangkan kereta mereka sekiranya mereka kehilangan pekerjaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required