Toyota Capital Malaysia telah umumkan bahawa mereka akan memberikan pengecualian pembayaran selama enam bulan secara automatik kepada pelanggannya (individu atau SME) bermula dari 1 April hingga 30 September 2020. Langkah berkenaan selari dengan usaha Bank Negara Malaysia seperti diumumkan Rabu lalu, walaupun syarikat itu sebenarnya adalah sebuah penyedia perkhidmatan kredit dan bukannya sebuah institusi perbankan.
“Kami melaksanakan tugas kami di dalam mempermudahkan beban kewangan yang dihadapi oleh pelanggan akibat penyebaran wabak Covid-19. Dalam masa yang sama, kami komited untuk terus menyumbang kepada ekonomi negara di dalam waktu yang mencabar seperti sekarang,” jelas makluman di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
Syarat kelayakan bagi skim berkenaan ialah pelanggan wajib tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman/pembiayaan bagi tempoh 90 hari bermula 1 April nanti. Penangguhan jadual bayaran balik pinjaman ini juga tidak akan memberi kesan kepada rekod pelanggan dengan Toyota Capitan Malaysia, dalam CCRIS, atau mana-mana laporan kewangan lain.
Mereka yang layak akan secara automatik menerima manfaat daripada moratorium ini (tiada tindakan diperlukan). Tetapi, sekiranya pelanggan tidak mahu terlibat di dalam skim penangguhan ini, mereka perlu menulis untuk memaklumkan hasrat tersebut ke [email protected].
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Adakah apa yg tuan sampaikan ni sahih?..maaf bertnya..sebab btul² celaru…sy risau…kalau tak byr nnt kene tarik…nk byr tp fhm2 lah musim ni
Macam mna nk pastikn yg payment kite betul dkecualikn dari byarn slma 6bln?takut tiba2 kena tarik pulak lau tak bayar dlm tempoh 6bln ni.
Salam sejahtera Salam 1Makaysia
Saya telah memohon khidmat ini dan membalas SMS dan mengisi borang dlm web..saya menyetujui program penangguhan pembayaran 6bulan ini…persoalan nye..bagaimana untuk saya tahu jawapan saya itu telah diterima oleh Toyota capital bagi mengelakan berlaku isu lain yang tidak diingini superti contoh isu penarikan atau pengecasan lewat pembayaran…?
Harap persoalan saya terjawab..sebarang kata harap maaf..terima kasih…
Macam mana nak tahu bayaran kereta dikecualikan semasa covid-19 ini
Penanguh pembayaran selama 6 bulan
Terima penangguhan pembayaran selama 6 bulan
Bagaimana untuk menyertai penangguhan bayaran selama 3 bulan? Maklumbalas telah dijawab melalui sms dan panggilan telefon dengan staff toyota capital.
Adakah ia diluluskan?