Honda City 2020 dapat 5 bintang dalam ASEAN NCAP

Honda City 2020 dapat 5 bintang dalam ASEAN NCAP

Honda City 2020, yang merupakan model generasi kelima telah diberikan penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kenderaan Baru ASEAN (ASEAN NCAP), dengan jumlah markah keseluruhan 86.54. Dalam kategori perlindungan penumpang dewasa (AOP) yang menawarkan 36 mata penuh, City berjaya mendapatkan 32.38 mata, dengan mata penuh (16) bagi ujian perlanggaran tepi.

Dalam ujian lain, model sedan ini mencatat mata 13.98 (daripada 16 keseluruhannya) untuk perlanggaran hadapan offset deformable barrier (ODB), 2.30 (daripada 4 keseluruhannya) untuk teknologi perlindungan kepala dan markah penuh (24) untuk ujian dinamik (tepi dan hadapan) kategori perlindungan penumpang kanak-kanak (COP).

Dalam kategori COP ini juga, daripada 49 keseluruhan mata yang ditawarkan, City berjaya mendapat 44.72 mata dengan 11.72 mata dalam ujian pemasangan dan sembilan mata untuk penilaian teknologi berasaskan kenderaan.

Akhir sekali dalam kategori bantuan keselamatan, City diberikan 13.60 mata daripada 18 mata keseluruhan, dengan markah penuh lapan mata dalam ujian kecekapan brek dan mengelak. Laporan ujian ini juga menunjukkan ada varian tertentu City dalam pasaran Asia Tenggara ditawarkan dengan sistem visual titik buta.

Sistem yang bertindak seperti teknologi LaneWatch ini dipasang pada bahagian penumpang hadapan, dan pemandu boleh melihat apa yang berada di bahagian kiri kenderaan. City yang diuji oleh ASEAN NCAP ini adalah varian SV dengan spesifikasi pasaran Thailand, yang datang dengan empat beg udara, sistem peringatan tali pinggang untuk penumpang hadapan serta pengawal stabiliti elektronik (ESC).

GALERI: Honda City 2020 Turbo RS pasaran Thailand

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required