MARii keluarkan topeng muka, kotak intubasi bersama syarikat tempatan untuk kegunaan barisan hadapan

MARii keluarkan topeng muka, kotak intubasi bersama syarikat tempatan untuk kegunaan barisan hadapan

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) menjadi satu lagi syarikat yang memberi bantuan untuk memerangi Covid 19, di mana mereka telah mengumumkan kerjasama dengan sebuah syarikat tempatan untuk menghasilkan topeng muka serta kotak intubasi bagi kegunaan kakitangan perubatan barisan hadapan.

Rekaan awal kelengkapan perlindungan ini dibuat menggunakan perisian CAD, seterusnya dipotong menggunakan laser dan disambung menggunakan mesin khas. Proses ini adalah lebih cepat dan cekap, manakala bahan akrilik dan perspex yang digunakan juga mudah didapati.

“Dalam memastikan PPE sentiasa tersedia walaupun banyak pengeluar ditutup dan bahan mentah yang terhad, penubuhan teknologi pengeluaran PPE yang pantas adalah sangat penting. Rangkaian teknologi MARii telah membuka peluang kepada pengambilan langkah pantas untuk mengatasi masalah bekalan PPE dan kami berharap banyak lagi penyelesaian dapat dibangunkan untuk mengatasi masalah-masalah lain berkaitan pandemik ini,” kata CEO MARii, Datuk Madani Sahari.

Penggunaan mesin pemotong laser cuma memerlukan pemerhatian operasi yang minimal, dan ini adalah lebih bagus dalam masa kita perlu menjaga jarak sosial sekarang. Ia juga membenarkan rekaan diubah suai mengikut keperluan secara pantas, dan tidak memerlukan sebarang penukaran alat seperti proses injection moulding.

“Kelebihan pemotongan laser ini menjadikan ia satu proses yang sangat berdaya maju dalam situasi seperti pandemik Covid 19 ini, di mana permintaan untuk produk penggunaan satu kali meningkat,” kata Madani sambil menambah mereka boleh menghasilkan 1,000 topeng muka dan 50 kotak intubasi dalam masa satu hari.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required