Volkswagen Tayron X R-Line 2020 dilancarkan di China

Volkswagen Tayron X R-Line 2020 dilancarkan di China

Setelah sekian lama senyap akibat daripada kawalan pergerakan, Volkswagen China akhirnya melancarkan sebuah SUV baru yang dipanggil sebagai Tayron X. Ia sebenarnya adalah sebuah versi coupe bagi Tayron, dan pernah ditunjukkan sebagai sebuah model konsep semasa pameran Shanghai Motor Show tahun lepas.

Hampir keseluruhan rekannya sama dengan model konsep, dan ia dibina atas platform MQB. Di hadapan terdapat lampu utama LED dual projector, gril besar dengan dua jalur dan bampar yang mempunyai jalur LED di penjuru. Beza dengan model Tayron biasa adalah Tayron X ini mempunyai bumbung yang lebih menjunam di belakang berserta spoiler pada pintu but.

Di bahagian belakang terdapat lampu yang direka khas untuk Tayron X, dengan mempunyai tiga pencahayaan LED berbentuk X serta muncung ekzos bersepadu pada bampar (kelihatan sedikit tinggi) manakala rim pula menggunakan rekaan lima cabang dua tona yang dibalut tayar Continental UltraContact UC6 bersaiz 235/50.

Untuk enjin, pilihan yang diberi sama seperti Tayron biasa iaitu sama ada unit petrol empat silinder 1.4 liter turbo EA211 (varian asas) atau petrol empat silinder 2.0 liter EA888 (varian lebih tinggi termasuk R-Line seperti dalam gambar). Transmisi standard adalah DSG tujuh kelajuan manakala pacuan semua roda 4Motion disediakan sebagai pilihan tambahan.

Gambar bahagian dalam masih belum didedahkan, tapi kita boleh menjangka ia sama sahaja seperti Tayron biasa, termasuk dengan sistem Active Info Display digital 12.3 inci, skrin sesentuh infotainmen Discover Pro dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pendingin hawa dua zon, lampu suasana pelbagai warna dan kemasan gentian karbon.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required