Selangor longgarkan kawalan – boleh makan di kedai, operasi food truck dan ke taman awam mulai esok

Selangor longgarkan kawalan – boleh makan di kedai, operasi <em>food truck</em> dan ke taman awam mulai esok

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan untuk memberikan lebih banyak kelonggaran ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini, seperti yang diumumkan 3 Mei lalu, sehari sebelum pelaksanaannya bermula sehari selepas itu.

Antara aktiviti yang kini mula dibenarkan di negeri Selangor ialah untuk pelanggan makan di restoran, serta perniagaan food truck juga sudah dibenarkan, walaupun dengan operasi yang terhad, lapor Malay Mail. Peraturan baru ini akan sah bermula esok hingga 9 Jun nanti.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, kedai makan di Selangor kini dibenarkan untuk melayan pelanggan yang makan di dalam premis dari jam 7 pagi hingga 10 malam, tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan meja di bahagian luar restoran, di kaki lima atau di tempat parkir seperti kebiasaannya.

Selangor longgarkan kawalan – boleh makan di kedai, operasi <em>food truck</em> dan ke taman awam mulai esok

Bagi penjaja makanan pula (termasuk food truck), mereka boleh beroperasi bermula 8 pagi hingga 10 malam, tetapi hanya terhad kepada perkhidmatan bawa balik, pandu-lalu dan penghantaran sahaja. Pihak berkuasa tempatan akan meneliti situasi dan cadangan untuk penjaja mengambil giliran untuk beroperasi sekiranya suasana tapak perniagaan mereka terlalu padat – jarak sosial perlu dipatuhi dalam apa keadaan sekali pun.

Orang-ramai juga sudah boleh menggunakan taman-taman awam di negeri berkenaan dari jam 7 pagi hingga 7 malam setiap hari. Aktiviti seperti memancing juga dibenarkan. Tetapi, aktiviti lain seperti panjat bukit atau perkhemahan masih belum dibenarkan.

Selangor longgarkan kawalan – boleh makan di kedai, operasi <em>food truck</em> dan ke taman awam mulai esok

Keputusan ini dipersetujui awal hari ini dalam satu mesyuarat peringkat kerajaan negeri Selangor, yang turut dihadiri oleh datuk bandar dan juga ketua agensi penguatkuasa tempatan. Beliau menambah, setiausaha negeri akan mengeluarkan pekeliling yang lebih terperinci berkenaan aktiviti-aktiviti berkenaan, serta garis panduan SOP yang perlu dipatuhi semua yang dirangka oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bermula 4 Mei lalu, Selangor telah membenarkan waktu operasi yang dibenarkan terhadap perniagaan sepanjang tempoh PKPB ini. Stesen petrol misalnya telah dibenarkan untuk beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 malam, sementara kedai-kedai bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required