Kit Touch n’ Go RFID pasang sendiri — mudah sahaja?

Sekarang, anda tak perlu bersusah payah untuk ke pusat pemasangan RFID seluruh negara untuk menampal jalur pelekat Touch n’ Go RFID pada kereta anda, walaupun pilihan untuk itu masih disediakan. Kenapa? Sebab, anda boleh beli sendiri kit berkenaan di Shopee atau Lazada, pada harga RM35, dan pasang sendiri.

Susah ke nak buat sendiri? Tidak juga. Agak senang sebenarnya. Tetapi, sebelum anda mulakan, ada beberapa perkara yang perlu diketahui. Dan, itulah yang kami tunjukkan dalam video ini, sebagai panduan jika anda ingin memasangnya sendiri.

Antara perkara utama yang perlu diketahui ialah, pelekat RFID berkenaan perlu dilekat pada sebelah kiri kenderaan anda. Sebab apa? Kerana, di gerbang tol, pengimbas untuk RFID ini terletak di sebelah kiri laluan. Jadi, jika anda lekat di sebelah kanan kenderaan, ada kemungkinan ia tidak akan dapat dibaca.

Begitu juga pelekat berkenaan tidak boleh berada terlalu dekat dengan permukaan logam, terutamanya jika anda ingin lekatkannya pada bahagian sudut cermin utama. Bukan tak boleh, cuma kena pastikan ia berada sekurang-kurangnya 5 cm dari semua bingkai atau bahagian logam badan kenderaan. Dan, jangan lupa, ia perlu berada di luar “laluan” pengilap cermin anda, kalau tidak pelekat ini akan mudah rosak.

Ini menjadikan lokasi paling ideal untuk menampal pelekat ini ialah pada bahagian lampu utama. Selepas itu, ketahui juga langkah-langkah untuk mengaktif dan mula menggunakannya. Luang masa sekejap untuk tonton video ini untuk perincian lanjut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Muhammad Arshad Bin Mustapaha on Jul 22, 2020 at 12:38 pm

    Adakah lepas ini built in smart tag utk next few years dah tak lagi relevan.. selain dari harga yg lebih mahal.. x boleh topak online dan perlu mengunakan bateri / yg psng siap dlm kenderaan mencecah harga rm400…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Mohd Hafizal Bin Ahmad on Jul 28, 2020 at 4:45 pm

    Dua kali pasang rfid tp masih takleh baca kat toll gate. Taknak guna dah. Menyudahkan kena undur keta masuk ke tol touch n go.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Ruhie on Dec 17, 2021 at 10:56 am

    Jika hantar Kereta utk dicuci ..,tak ke rfid tu akan terjejas? Lagi satu, jika ada masalah teknikal yg rfid tu x dpt dibaca kat tol..,still sesak juga coz kenderaan x boleh bergerak …dan setiap Kereta kena pasang rfid tu…duit lagi . Jika T&G kad.,,satu kad tu boleh guna kat byk kete..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required