Mercedes-Benz S-Class W223 – gambar dalam didedah

Mercedes-Benz S-Class W223 – gambar dalam didedah

Siri teaser Mercedes-Benz S-Class W223 diteruskan lagi dengan pendedahan bahagian dalamnya pula. Nampak lebih minimalis, hampir keseluruhan permukaan yang menghadap ke pemandu dan penumpang hadapan menggunakan kemasan kayu yang besar dan melengkung.

Di bahagian tengah pula terdapat skrin sesentuh 12.8 inci yang diletakkan menegak dan terapung pada bahagian papan pemuka, tetapi kemudiannya bersambung terus kepada konsol tengah. Corong pendingin hawa menggunakan bentuk dua jalur menegak di bahagian sisi sementara di bahagian tengah pula ia menggunakan bentuk kotak-kotak kecil.

Menurut Mercedes-Benz, kemasan kayu yang besar ini mendapat inspirasi daripada dek kapal serta aliran jalurnya, dan telah diukir secara teliti atas tanah liat waktu proses rekaannya. Melalui skrin sesentuh besar itu pula, pereka kenderaan ini dapat mengurangkan jumlah butang kawalan dan hanya meninggalkan satu baris sahaja di bawahnya.

Lampu suasana pada model ini juga sudah dinaik taraf, dengan kini menggunakan sistem yang terdiri daripada 250 LED, lebih terang dan boleh dilihat dengan jelas termasuk waktu siang. Bukan setakat itu, lampu ini juga boleh memberi tindak balas kepada pelbagai fungsi kenderaan seperti menyala mera apabila mengeluarkan amaran perlanggaran, keluar lorong, pintu terbuka ataupun animasi tertentu apabila menggunakan kawalan suaran “Hey Mercedes.”

Mercedes-Benz S-Class W223 – gambar dalam didedah

Keselesaan adalah satu faktor penting bagi kereta yang biasanya menggunakan khidmat pemandu upahan seperti S-Class ini, dan Mercedes-Benz memberi jaminan ruang dalamannya adalah lebih luas di hadapan dan belakang, bagi kedua-dua versi saiz biasa dan juga jarak roda panjang (long wheelbase).

Secara khususnya, penumpang belakang akan dapat menikmati lebih ruang kaki apabila tempat duduk disandarkan sepenuhnya dan tempat duduk itu sendiri telah direka semula untuk memberi pelarasan yang lebih luas, serta balutan luar tiga dimensi. Penyandar kepala siap dilengkapi dengan “bantal” dan pemanas leher di belakang.

Tempat duduk ini juga mempunyai ciri pemanas dan penyejuk yang menggunakan kipas radial, dan datang bersama enam kantung angin untuk fungsi mengurut; kantung ini diletakkan dekat dengan permukaan supaya urutan lebih terasa. Model W223 ini juga bakal menjadi model S-Class pertama yang dipasang dengan fungsi Energizing, yang mana boleh melaras kedudukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keselesaan dan membetulkan postur.

Pelanggan boleh memilih lima konfigurasi untuk tempat duduk belakang, termasuk yang boleh dibaringkan, dan tambahan sama ada perehat tangan yang boleh dilipat atau konsol tengah “business.” Jika anda memilih dua tempat duduk yang berasingan, bahagian tengahnya akan menggunakan kemasan kayu bercorak aliran seperti air terjun.

Satu lagi ciri menarik yang akan dipasang pada S-Class baru ini adalah fungsi Adapt, di mana ia boleh melaras tempat duduk, roda stereng dan cermin sisi dengan hanya memerlukan anda memasukkan tinggi anda dalam sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX).

Peningkatan bahagian lain yang diberitahu adalah suspensi generasi baru yang lebih selesa, penstabil badan E-Active Body Control 48-volt, kadar NVH yang diperbaiki serta pembesar suara pada penyandar kepala untuk bunyi yang lebih jelas waktu bercakap telefon atau menerima petunjuk navigasi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required