Modenas Kriss Concept Merdeka Edition — rugged?

Modenas Kriss  Concept Merdeka Edition — <em>rugged</em>?

Pernah anda membayangkan sebuah kapcai seperti Modenas Kriss akan tampil jika ia diberi nafas dan rekaan terkini, sesuai dengan imej futuristik masa depan? Land Rover Defender mungkin menjadi rujukan yang menarik untuk ini. Bagaimana rekaan klasik yang ringkasnya telah berubah kepada sesuatu yang sama sekali berlainan dan moden di dalam penampilan generasi terbaru.

Walaupun itu bukanlah kesnya dengan Modenas Kriss. Kerana arah tuju syarikat itu setakat kali terakhir ditanyakan adalah untuk menjalin usaha sama dengan Kawasaki selepas berbuat hal yang sama dengan Bajaj dari India. Untuk hadir dengan satu rekaan serba baru, itu jauh sama sekali. Kali terakhir versi terbarunya diperkenalkan pada 2019 juga tidak membawakan pembaharuan yang ketara.

Modenas Kriss  Concept Merdeka Edition — <em>rugged</em>?

Terimakaseh kepada pereka tempatan yang hasil kerjanya sudah tidak asing lagi untuk pembaca laman ini, Saharuddin Busri yang mengalihkan tumpuannya kepada model kapcai popular Malaysia itu. Beliau menghasilkan beberapa contoh rekaan dikenali sebagai Modenas Kriss Concept dalam siri kerja grafik terbarunya – termasuk satu dalam visual Merdeka Edition.

Penampilan motosikal berkenaan sangat futuristik, lengkap dengan pendekataan rekaan yang “tajam”. Sekali pandang, ia mengambil rekaan yang mirip dari kapcai-kapcai popular masakini dengan kapasiti enjin 150 cc, misalnya Yamaha Y15 atau Honda RS150, yang telah diberi ubahsuai. Terdapat jalur seperti DRL LED di depan, dengan lampu utamanya tersorok sedikit di bahagian bawah kepala.

Bahagian kokpit dengan paparan meter dan keseluruhan yang menghadap penunggang juga menarik untuk diperhatikan. Dengan dua dail meter berserta kemasan krom bulat kelilingnya, turut disediakan tiga ruang kecil – satu adalah butang Start – untuk barangan kecil atau slot USB bagi peranti digital. Ruang yang biasanya dibiarkan kosong itu tetap diberikan elemen rekaan dengan permukaan hitam dan lingkaran perak.

Modenas Kriss  Concept Merdeka Edition — <em>rugged</em>?

Untuk menjadikannya sporty, tayar-tayar gemuk digunakan, dengan lengan ayun tunggal untuk roda belakang. Begitu juga dengan ekzos dengan rekaan agresif yang digunakan, semuanya menyumbang kepada imej moden Kriss yang tak pernah kita saksikan sebelum ini.

Bahagian belakang, selain tempat duduknya yang turut didatangkan dengan pelindung khusus, rekaan lampunya juga kecil dengan pencahayaan lampu LED. Lampu isyarat pula dalam unit berasingan yang tirus dan nipis, melengkapkan elemen dan rekaan “tajam” yang ditampilkan pada motosikal ini. Jika ini menjadi kenyataan, adakah anda akan jatuh hati dengan Modenas Kriss ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Tengok motor ni aku ingat motor NUDA . Design ntah berapa puluh tahun lepas. Rim design? Hmm god must be crazy la wehhh

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • SUROR BIN SOPIKAN on Aug 20, 2020 at 8:00 pm

    Kenderaan buatan Malaysia samada kereta atau motorsikal tidak Ada daya tahan Dan tidak lasak…mudah kata tiada kualiti..Hasilkan sesuatu yang berkualiti untuk rakyat yang berkualiti…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
  • Buat je pertandingan. Mesti ramai yg boleh buat lagi cantik drpada ini.. Citarasa mat moto malay.. Mesti menarik kan

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Fadhli on Aug 21, 2020 at 12:49 pm

    Cool harap sistem elektronik dia x mmbebankan…

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Wong Kwok Yeong on Oct 18, 2020 at 4:27 pm

    Makkkk…I nak beli motosikal GUNDAM.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ok

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Zulfaqar arig on May 23, 2022 at 3:58 pm

    Bila keluar?
    Bulan berapa?
    Tarikh bila?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required