Kerajaan kaji cadangan tubuhkan badan amanah lebuhraya, antara objektif bagi turunkan kadar tol

Kerajaan kaji cadangan tubuhkan badan amanah lebuhraya, antara objektif bagi turunkan kadar tol

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan kerajaan sedang dalam proses meneliti kertas cadangan untuk mengumpulkan kesemua 35 lebuh raya termasuk enam yang kini dalam proses pembinaan untuk diletakkan di bawah satu badan amanah lebuh raya.

Antara lebuh raya utama di negara ini termasuklah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) yang dimiliki UEM Group, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, Lebuh Raya Pantai Timur dan Lebuh Raya Kuala Lumpur Karak.

Menurutnya, ia merupakan antara usaha kerajaan untuk menurunkan kadar tol termasuk di lebuh raya PLUS, laporan Bernama.

“Terdapat cadangan sebagai contoh, oleh sebuah syarikat untuk menubuhkan amanah lebuh raya, meletakkan segalanya dalam amanah.

Kerajaan kaji cadangan tubuhkan badan amanah lebuhraya, antara objektif bagi turunkan kadar tol

“Dengan berbuat demikian kadar tol kemungkinan dapat diturunkan tetapi buat masa sekarang ia masih sedang dibincangkan, kerana perkara ini sangat rumit dan kami perlu melalui butiran terperinci,” katanya yang berkata demikian menerusi program Money Matters terbitan TV3 baru-baru ini.

Jelas beliau, dalam masa yang sama, kerajaan juga akan melihat semula terma perjanjian yang dipersetujui kerajaan terdahulu, membabitkan pengurangan kadar tol PLUS.

“Kajian itu kini dalam peringkat perbincangan dan dijangka siap enam bulan lagi. Saya tidak mahu berjanji untuk mengurangkan kadar tol. Apa yang sedang dilaksanakan kami adalah untuk melihat semula terma, untuk memastikan perjanjian terbaik bagi semua pihak berkepentingan, ini babitkan tujuh daripada 35 tol dan bagi yang lain kita akan kaji juga,” kata Mustapa.

Antara pemegang kepentingan terbesar konsesi lebuh raya di negara ini ialah Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required