Audi Q2 facelift 2020 – pemanduan semi-autonomous, enjin baharu 1.5 TFSI dengan pengaktifan silinder

Audi Q2 facelift 2020 – pemanduan semi-autonomous, enjin baharu 1.5 TFSI dengan pengaktifan silinder

Audi Q2 telah pun menjangkau usia empat tahun sejak ia diperkenalkan, dan kini tibalah masanya untuk model ini menerima peningkatan yang lebih segar. Maka terhasillah model Q2 facelift 2020, yang diberikan beberapa peningkatan yang lebih signifikan. Ini termasuklah badannya yang kini beberapa milimeter lebih panjang (kini berukuran 4.21 meter), ditampilkan dengan rekaan berinspirasi poligon yang dipertingkatkan, dan ditawarkan dengan lima pilihan warna – Apple Green, Manhattan Grey, Navarra Blue, Turbo Blue, dan Arrow Grey (seperti yang ditunjukkan dalam foto).

Pada bahagian hadapannya, kelihatan gril bingkai tunggal segi lapan yang diposisikan sedikit bawah, menjadikan seksyen hadapannya kelihatan lebih lebar. Model S line menerima corong udara yang lebih besar dan bergantung pada variannya, tiang-C diwarna dengan rona hitam, kelabu, perak atau pun mengikut warna badan.

Lampu utama LED kini didatangkan secara standard, dengan unit Matrix LED sebagai pilihan. Lampu nyalaan siang LED kini diperbuat dengan 10 diod LED, malah lampu jujukan isyarat juga dengan unit LED. Lampu belakang LED juga ciri standard, dengan indikator dinamik turut ditawarkan.

Audi Q2 facelift 2020 – pemanduan semi-autonomous, enjin baharu 1.5 TFSI dengan pengaktifan silinder

Bagi saiz rodanya, ia bermula dengan unit 16-inci yang dibaluti tayar 205/60, hinggalkan 19-inci dengan roda aloi Audi Sport yang dibaluti tayar 235/40. Walau pun dengan roda paling besar, Audi berkata, Q2 menawarkan jarak kelegaan tanah hampir 150 mm, yang juga sesuai untuk kegunaan di laluan off-road.

Untuk bahagian kabinnya, ia dikekalkan dengan kokpit maya Audi 12.3-inci dan paparan tengah berukuran 8.3-inci. Ia dipadankan dengan sistem bunyi premium Bang & Olufsen 14-pembesar suara, 705-watt, di mana Audi berkata ia adalah unik bagi segmen SUV sub-kompak premium.

Selain itu, corong udara dan pemilih gear adalah sentuhan baharu. Gentian karbon dinamika digunakan pada Alcantara, dan Audi turut menawarkan lapan pakej warna upholstery dalaman untuk model ini. Malahan pengeluar kereta ini juga bakal memperkenalkan “pakej kabin” tidak lama lagi. Ruang but masih kekal berkapasiti 405 liter, dan boleh dipertingkatkan sehingga 1,050 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan. Tailgate larasan kuasa dan trailer hitch ditawarkan sebagai pilihan.

Bagi penjana kuasanya, Q2 ini digandingkan dengan enjin EA211 1.5 liter empat-silinder TSI Evo, yang mampu memberikan kuasa sehingga 150 PS dan tork 250 Nm. Enjin ini turut menampilkan teknologi pengaktifan silinder, iaitu menutup silinder kedua dan ketiga di bawah beban enjin rendah. Penggunaan bahan apinya pula dianggarkan antara 5.4 hingga 5.1 liter per 100 km (kitaran NEDC).

Enjin 1.5 TFSI ini boleh juga digandingkan dengan kotak gear manual enam-kelajuan, dan juga transmisi dwi-klac S tronic tujuh-kelajuan. Pacuannya disalurkan ke roda hadapan, di mana pacuan semua-roda quattro (dengan bearing dan pembekal minyak yang dirombak semula bagi penjimatan yang lebih baik) ditawarkan sebagai pilihan.

Bagi aspek keselamatan, Q2 menerima Audi pre sense hadapan dan amaran ketibaan lorang secara standard. Ciri pilihan termasuk pakej ‘Drive,’ ‘Safety’ dan ‘Park’, di mana ia didatangkan dengan bantuan sisi, bantuan trafik lintasan belakang dan Audi pre sense yang asas dan sistem Audi pre sense belakang.

Bantuan kelajuan adaptif juga diberikan secara standard, yang menawarkan pemanduan semi-autonomous – di mana kereta ini boleh mengambil alih tugas pendikitan dan melambatkan pendikitan, termasuk dengan stereng kekal-dalam-lorong. Ia boleh dioperasikan dalam apa saja julat kelajuan, dan Audi berkata, ia juga digunakan bersamaan dengan isyarat lalu lintas/pengesan kelajuan.

Audi Q2 baharu ini akan dijual di Eropah pada bulan ini. Di Jerman, harganya bermula dari 25,000 euro (RM123k). Pembeli terawal boleh membeli model Edition One yang dicat dengan warna Apple Green atau Arrow Grey, bersama bampar S line, spoiler bumbung yang besar, kemasan luaran dengan serlahan hitam, lampu utama Matrix LED, dan suspensi sport (yang merendahkan ketinggian jentera sebanyak 10 mm).

Bahagian kabinnya juga menerima headliner hitam, jahitan rock grey dengan kontras tempat duduk sport kulit tiruan rona hitam, panel aluminium iluminasi LED, pedal kaki keluli tahan karat dan roda stereng balutan kulit yang leper di bawah.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required