JPJ S’gor keluarkan 168 kompaun dalam Ops lampu HID, cermin gelap, nombor pendaftaran di Shah Alam

JPJ S’gor keluarkan 168 kompaun dalam Ops lampu HID, cermin gelap, nombor pendaftaran di Shah Alam

Baru-baru ini, Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah melaksanakan Ops Lampu HID, Cermin Gelap dan Nombor Pendaftaran Kenderaan di lokasi Persiaran Jubli Perak Seksyen 21, Shah Alam. Ia adalah bertujuan untuk memastikan semua pengguna jalanraya sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Menurut JPJ Selangor, operasi ini telah menfokuskan kesalahan berkaitan pemasangan lampu HID, cermin gelap dan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pemasangan lampu High Intensity Discharged (HID) secara aksesori (retrofit) boleh menyebabkan cahaya silau dan seterusnya memudaratkan pengguna jalan raya lain.

Manakala kelulusan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian yang dibenarkan adalah 70% ketelusan cahaya untuk cermin hadapan manakala 50% ketelusan cahaya untuk cermin sisi hadapan kanan dan kiri pemandu. Penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan adalah menjadi satu kesalahan. Setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya perlu mempamerkan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Menerusi operasi ini, sebanyak 312 buah kenderaan telah diperiksa dan 168 notis melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan. Sebanyak tiga kes bagi lampu HID, 39 kes bagi cermin gelap dan 25 kes bagi nombor pendaftaran kenderaan telah dikesan sepanjang operasi dijalankan. Antara kesalahan lain yang banyak dikesan adalah tiada lesen memandu dan tiada perlindungan insurans.

JPJ Selangor turut berkata, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required