Kia Seltos tiba di bilik pameran, bila akan dilancarkan?

Bukan lagi rahsia bahawa Kia Malaysia akan memperkenalkan model SUV kompak segmen B Kia Seltos untuk pasaran tempatan. Bulan April lalu, model berkenaan muncul dalam laman web rasmi Kia di sini, sekali gus memberi petanda yang tarikh pelancarannya sepatutnya tidak lama lagi. Namun, jangkaan awal untuk dilancarkan pada Jun lalu masih belum menjadi kenyataan.

Namun, dalam perkembangan terbaru, pengedar kenderaan Kia melalui laman Facebook KIA Seri Kembangan – AZ Master Motor telah memuat naik beberapa siri gambar terkini menunjukkan model berkenaan kini sudah tiba di bilik pameran mereka – dalam tingkat kemasan GT Line.

Dua varian iaitu EX yang asas dan GT Line sebagai varian yang lebih tinggi dan mempunyai penampilan yang lebih sporty. Antara yang berbeza bagi dua varian ini adalah bampar, rim dan kemasan tempat duduk.

Hanya satu versi enjin yang dinyatakan dalam laman web Kia Malaysia ketika itu, iaitu unit Gamma 1.6 MPI, dan ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan yang menjana kuasa 123 PS dan 151 Nm tork. Seperti kebiasaan, ia dijangka menggunakan pacuan dua roda hadapan.

Perincian kelengkapan lain juga masih belum diketahui. Tetapi kumpulan gambar-gambar yang dikongsi menerusi laman Facebook berkenaan boleh memberikan sedikit sebanyak idea terhadap penawaran Seltos di Malaysia. Antaranya, ia menggunakan rim 17 inci, lampu LED, dua muncung ekzos di belakang, bumbung panoramik dan tempat duduk kulit tiruan bagi varian GT Line.

SUV yang diposisikan di bawah Sportage ini juga kelihatan akan dilengkapi dengan skrin infotainmen lapan-inci, panel instrumen TFT LCD tujuh inci, butang kawalan di stereng, pengecas tanpa wayar, HUD dan tempat duduk yang boleh dilipat 60:40. Apa pandangan anda tentang model ini, boleh saing dengan Honda HR-V, Toyota C-HR dan Mazda CX-3?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required