Pindaan akta untuk pemandu mabuk bukan untuk cabul hak individu ambil minuman alkohol – Menteri

Pindaan akta untuk pemandu mabuk bukan untuk cabul hak individu ambil minuman alkohol – Menteri

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bukanlah untuk mencabul hak individu mengambil minuman beralkohol, sebaliknya dibuat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pemandu mabuk, ujar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam menjawab soalan Senator Raj Munni Sabu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara semalam, beliau menegaskan ia juga sebagai ingatan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam menangani insiden kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk.

“Kita bukan hendak cabul hak orang lain, kalau dia hendak minum, boleh selain Muslim, tetapi kalau sudah minum kita beri amaran jangan bawa kenderaan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Pindaan akta untuk pemandu mabuk bukan untuk cabul hak individu ambil minuman alkohol – Menteri

Tambahnya, di sebalik penguatkuasaan terhadap akta itu, kerajaan kini menumpukan usaha pendidikan melalui advokasi bagi memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kesan dan risiko pemandu mabuk kepada masyarakat.

“Ia memerlukan kerajaan untuk mengambil tindakan tuntas. Bukan sahaja menerusi penguatkuasaan tetapi juga pendidikan melalui advokasi. Perkara ini penting untuk memberi pemahaman rakyat kenapa kerajaan perlu mengambil tindakan tegas,” katanya.

Dalam tempoh lima tahun lalu, beliau berkata, sebanyak 47 kes kematian direkodkan membabitkan kes kecuaian pemandu mabuk dan ia lebih rendah berbanding 6,000 hingga 7,000 kematian setiap tahun disebabkan kemalangan jalan raya.

Pindaan akta untuk pemandu mabuk bukan untuk cabul hak individu ambil minuman alkohol – Menteri

Menerusi pindaan akta berkenaan, di bawah Seksyen 44, memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga menyebabkan kematian akan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan lesen bagi tempoh minimum 10 tahun, bagi sabitan pertama. Pesalah juga berdepan hukuman penjara minimum 15 tahun atau maksimum 20 tahun, denda antara RM100,000 hingga 150,000 dan hilang kelayakan lesen selama 20 tahun, bagi sabitan seterusnya.

Bagi kes menyebabkan kecederaan, pesalah berdepan hukuman penjara minimum tujuh tahun atau maksimum 10 tahu, denda antara RM30,000 hingga RM50,000 dan hilang kelayakan lesen minimum tujuh tahun, bagi sabitan pertama. Pesalah juga boleh dipenjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM100,000 dan hilang kelayakan lesen selama 10 tahun, bagi sabitan seterusnya.

Di bawah Seksyen 45, menjaga kenderaan di bawah pengaruh alkohol atau dadah pula akan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun, denda antara RM1,000 hingga RM5,000 dan hilang kelayakan lesen minimum dua tahun, bagi sabitan pertama. Pesalah juga berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan hilang kelayakan lesen minimum lima tahun, bagi sabitan seterusnya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required