Lexus RC, IS dan CT ditamatkan jualan di UK

Lexus RC, IS dan CT ditamatkan jualan di UK

Ini ada satu berita sahih yang mengesahkan Lexus tidak akan meneruskan jualan bagi model RC coupe, IS sedan dan CT hybrid di Eropah dan UK. Menurut AutoExpress, pengeluar kereta berkenaan telah pun tidak lagi mengimport model-model berkenaan ke pasaran yang disebut itu.

Jurucakap Lexus berkata stok sedia ada bagi CT dan IS dijangka akan habis dalam tempoh beberapa minggu ini, sementara bagi RC pula, ia bakal habis pada penghujung Disember. Namun demikian, tiada sebarang penggantian bagi model yang tidak diteruskan jualannya, sekurang-kurangnya untuk pasaran UK.

Walau bagaimana pun, Lexus yakin untuk terus memenuhi keperluan para pembeli. Model SUV UX dan NX akan diterus dijual di sana, begitu juga dengan sedan yang lebih besar ES. Nampaknya, ES mendahului IS dengan nisbah 2:1 di Britain, jadi keputusan untuk menamatkan jualkan bagi IS tidaklah sukar untuk dibuat. Model IS yang baru dipertingkatkan akan terus dijual di pasaran lain, terutamanya di Jepun dan Amerika.

Bagi RC coupe, Lexus berkata model tertinggi RC F akan diterus dijual sekurang-kurangnya sehingga model baharunya tiba. Manakala model hibrid pula, tidak akan diteruskan di pasaran UK.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required