Honda Civic 2022 produksi tampil dalam warna kelabu

Honda Civic 2022 produksi tampil dalam warna kelabu

Sebelum ini, pernah muncul beberapa gambar yang kelihatan seperti versi produksi bagi Honda Civic 2022, versi sedan bagi model generasi ke-11 model popular berkenaan. Gambar-gambar berkenaan dari China — menggunakan lencana untuk pasaran China, termasuk “240 Turbo”, yang digunakan untuk memaklumkan bahawa enjin 1.5L Turbo-nya menghasilkan 240 Nm tork.

Daripada contoh kereta putih tersebut, kita tahu bahawa Civic generasi akan datang versi produksi sepadan dengan “Honda Civic Prototaip” merah yang ditunjuk pada November 2020. Ia kelihatan identikal, kecuali pada bahagian tambahan lampu kabus depan dan juga muncung ekzos tersembunyi (model prototaip dengan bentuk bujur).

Mungkin gambar kereta putih tersebut — yang diambil dalam ruang tertutup — belum cukup menonjol bagi sebuah Civic baru. Sekarang ada lagi gambar terbaru yang lebih baik. Civic dalam gambar tunggal ini diambil di ruang terbuka, dan warna kelabu yang dikenakan padanya lebih menyerlahkan rekaan padanya. Dapat juga dilihat ada DRL LED terpasang, menyamai rekaan yang ada pada model prototaip.

Honda Civic 2022 produksi tampil dalam warna kelabu

Civic baru ini bagaimanapun mempunyai sedikit rasa seperti Accord, dan ia juga menggunakan garis tingkap berhampiran c-pillar yang bertingkat – seperti sedan segmen D itu dan juga Civic Proto. Garis bumbung juga menjunam di belakang, dan meneruskan konsep gaya yang dimulakan oleh model FC.

Tiada lagi lampu belakang yang popular dipanggil di negara kita sebagai ketam, dan ia diganti dengan rekaan yang lebih konvensional pada model generasi ke-11 ini. Kedua-dua lampu hadapan dan belakang menggunakan nyalaan LED utama berbentuk L sementara rim pula adalah unit dua tona dengan rekaan seperti bunga.

Gambaran bahagian dalam masih belum kami perolehi, tetapi disebabkan ia mengikuti banyak konsep rekaan model prototaip yang disebutkan tadi, kita juga boleh menjangkakan rekaan bahagian dalam yang sama. Seperti Accord, terdapat skrin terapung pada model prototaip ini, serta corong pendingin hawa yang lebih bergaya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required