Hyundai Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan servis selepas jualan untuk pemilik kereta lama & baru

Hyundai Malaysia lancar program kesetiaan pelanggan servis selepas jualan untuk pemilik kereta lama & baru

Bagi menghargai pelanggan-pelanggannya yang terus kekal menghantar kereta Hyundai mereka untuk diselenggara di pusat servis bertauliah walaupun tak kira semasa dalam tempoh atau selepas habis waranti, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini melancarkan dua program kesetiaan pelanggan untuk servis selepas jualan iaitu i-Care Plus dan juga Kad Kesetiaan (Loyalty Card).

Kedua-dua program ini hanya layak untuk pelanggan mana-mana pelanggan yang memiliki kenderaan Hyundai dan ia bakal menawarkan pelbagai diskaun dan juga barangan percuma. Pelanggan boleh mendaftar untuk menyertai kedua-dua program ini di kesemua pusat servis bertauliah Hyundai di seluruh Malaysia.

Program i-Care Plus adalah eksklusif untuk kereta Hyundai yang telah berusia empat tahun atau lebih. Dengan yuran hanya sebanyak RM20, pelanggan akan menerima enam baucar yang menawarkan diskaun sebanyak 10% untuk alat-alat ganti terpilih, serta diskaun 5 peratus untuk kos upah, serta dua botol minyak enjin dan penapis pelincir secara percuma. Program ini hanya ditawarkan dalam masa terhad bermula 1 April lalu, dan ia hanya sah digunakan dalam masa 35 bulan dari tarikh pembelian.

Manakala untuk Kad Kesetiaan, ia akan diberikan secara automatik bagi setiap pemilikan mana-mana model Hyundai. Antara keistimewaan yang diberikan kepada pemegang kad ini termasuk promosi eksklusif bulanan seperti diskaun 20% untuk produk KLIMA Fresh dan Bluechem pada bulan April ini.

Menurut HSDM lagi, pelanggan boleh menjangkakan lebih banyak keistimewaan yang akan ditawarkan pada masa hadapan seperti diskaun bulan hari lahir untuk servis selepas jualan, diskaun untuk barangan-barangan Hyundai dan juga harga tukar-beli yang tinggi sekiranya pelanggan membeli kereta Hyundai yang baharu.

Pelanggan sedia ada boleh mendaftar bagi mendapatkan Kad Kesetiaan masing-masing di mana-mana pusat servis Hyundai yang bertauliah dan boleh mengetahui kemaskini pelbagai promosi yang dibuat menerusi laman sesawang rasmi Hyundai Malaysia.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung menyatakan bahawa program kesetiaan pelanggan yang baharu ini adalah testimoni terhadap janji syarikat bagi menawarkan nilai yang tinggi kepada pemilik kereta Hyundai di Malaysia, dengan semangat dari cogankata ‘Geared for Distinction.’

“Kami harap untuk memberikan lebih nilai dan manfaat kepada pelanggan kami menerusi program yang direka khas sebegini, kerana kami fokus untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik dengan Hyundai,” tambah Low lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required