ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

Mitsubishi menjadi antara jenama yang akan ikut serta dalam ekspo ACE 2021, berlangsung hari ini dan esok di Pusat Persidangan Setia City. Antara yang dipamerkan ialah model yang baru saja dilancarkan, Triton Athlete. Varian flagship tertinggi trak pikap Triton itu kini menggantikan varian Adventure X terdahulu dan menampilkan pakej penggayaan yang menawan sebagai daya tarikannya.

Ini termasuklah kemasan hitam pada gril, cermin sisi, pemegang pintu, pemijak sisi dan rim 18-inci yang digunakan. Imej ini diserikan lagi dengan pelekat badan pada bahagian sisi. Ruang dalaman juga menerima sentuhan unik dengan jahitan benang oren pada stereng, tombol gear dan tuil brek tangan, serta tidak lupa pelapik pintu dengan pencahayaan.

Triton Athlete datang dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbodiesel dengan janaan 181 PS dan 430 Nm tork, digandingkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan sistem Super Select 4WD-II dengan kawalan menuruni curam. Kelengkapan keselamatan juga mengkagumkan, dengan ciri seperti Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara.

ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

Jika membeli kenderaan ketika ACE 2021, anda berpeluang menikmati hadiah tambahan melibatkan baucar terkumpul bernilai RM2,550 keseluruhannya. Ini termasuk baucar DK SCHWEIZER RM650 untuk balutan kulit dalam kenderaan, baucar filem penapis haba cermin RM500, baucar penapis udara Blueair RM500, baucar Dodomat RM300, baucar tempat duduk kanak-kanak Recaro RM300, baucar petrol BHP RM200 dan baucar Shopee RM100.

Tempahan yang sudah disahkan juga melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah yang memberi peluang memenangi hadiah termasuk telefon bimbit bernilai RM2,300 setiap satu dan pakej percutian bernilai RM10,000!

Acara ini juga berlangsung dengan tahap pematuhan SOP ketat sepenuhnya seperti yang digariskan oleh kerajaan. Jadi, anda tak perlu risau; sebaik sahaja tiba dilokasi, ikut saja arahan yang telah disediakan dan jaga jarak sosial masing-masing. Selamat membeli-belah.

ACE 2021: Mitsubishi pamer Triton Athlete, pembeli akan menerima baucar terkumpul bernilai RM2,550

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required