Proton sedia untuk hasilkan kereta elektrik, tapi perlu tunggu halatuju jelas dari k’jaan terhadap halatuju EV

Proton sedia untuk hasilkan kereta elektrik, tapi perlu tunggu halatuju jelas dari k’jaan terhadap halatuju EV

Mahu tak mahu, bila tiba masanya, industri automotif bakal beralih sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik. Halatuju untuk mengharamkan terus penjualan kereta-kereta dengan enjin petrol dan diesel bukan hanya sudah diumumkan oleh negara-negera Eropah dan Jepun, malah jiran kita, Thailand juga sudah pun merancang untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya (EV) menjelang tahun 2030.

Jadi bagaimana dengan jenama automotif tempatan kita, Proton? Menurut CEO Proton Edar Sdn Bhd Roslan Abdullah dalam laporan The Malaysian Reserve, Proton kini sedang membuat kajian kebolehlaksanaan terhadap EV yang sesuai bagi diperkenalkan di Malaysia dan masa yang sesuai, dalam masa yang sama menunggu halatuju jelas dari kerajaan Malaysia sendiri berhubung segmen ini.

Beliau menyatakan bahawa Proton boleh melancarkan teknologi EV, tetapi faktor lain perlu juga diambil kira seperti harga, kemampuan konsumer, servis selepas jualanan, pengalaman pelanggan dan juga undang-undang.

“Kami sebagai pengeluar tak boleh bergerak sebelum kami faham dengan undang-undang. Dalam perkara produk EV, kami perlu melihat kepada kemampuan kami untuk mengeksport produk-produk tertentu di negara-negara jiran yang sudah pun ada halatuju jelas berkenaan EV. Jika undang-undang dan juga pelaburan memberikan pulangan yang baik kepada pemegang-pemegang kepentingan, kenapa tidak? Jadi kami perlu tahu undang-undang dan halatuju yang ditentukan oleh kerajaan. Apabila ‘pintu sudah dibuka’, kami akan bergerak,” kata Roslan.

Proton sedia untuk hasilkan kereta elektrik, tapi perlu tunggu halatuju jelas dari k’jaan terhadap halatuju EV

“Kami boleh bawa teknologi tersebut, tetapi persoalannya apa akan jadi kepada servis selepas jualan selepas lima tahun? Kami tidak hanya tengok kepada hanya menjual produk sahaja tetapi menerusi pengalaman pelanggan yang memiliki kereta EV juga,” jelasnya dalam satu temu ramah yang dijalankan secara atas talian.

“Berapa ramai pelanggan yang mampu memiliki EV? Di Malaysia, sebahagian dari kekuatan dalam menentukan jualan adalah harga yang mampu milik. Jika kami perlu merendahkan kadar harga, adakah ia akan memenuhi berberapa undang-undang selepas itu, jika ada? Ini adalah faktor penting yang kami lihat dalam menentukan bagi membawa EV. Kami (perlu) cari produk yang betul untuk masa yang betul,” jelasnya lagi.

Ditanya adakah Proton akan mewujudkan satu syarikat yang hanya fokus terhadap EV, Roslan menyatakan semua opsyen telah ada tetapi ia masih terlalu awal untuk diberitahu. “Biar kami habis menilai produk dahulu. Sebagai model perniagaan, kami mahu menyusun bagaimana kami boleh memberikan manfaat kepada pengguna dan juga pemegang-pemegang kepentingan,” katanya.

Dalam rantau ASEAN, bukan hanya Thailand yang bersungguh dalam usaha memperkenalkan teknologi elektrifikasi ini, Indonesia dan Singapura juga dilihat sedang berusaha kearah yang sama. Bagi Malaysia pula, usaha ini baru dilihat dalam fasa paling asas apabila Rangka Tindakan Mobiliti Karbon Rendah (LCMB) 2021-30 diterbitkan minggu lalu bagi memberikan cadangan kepada kerajaan tentang halatuju kenderaan elektrik di Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required