PKP 3.0: Tiada moratorium automatik menyeluruh

PKP 3.0: Tiada moratorium automatik menyeluruh

Jika ada yang menanti khabar berkenaan moratorium bank berikutan pengumuman PKP 3.0 seluruh negara, perkara itu tidak akan berlaku. Bank Negara memaklumkan, moratorium menyeluruh secara automatik tidak akan dilaksanakan, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, memetik Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu, untuk meringangkan mereka yang terkesan.

“Bank akan terus sediakan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan bagi mereka yang pendapatannya terjejas. Peminjam boleh menghubungi bank mereka atau pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink yang menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Tambahnya, pelanggan yang terkesan boleh mendapatkan bantuan yang bersesuaian dengan keadaan kewangan masing-masing. Untuk itu, moratorium secara menyeluruh bukanlah penyelesaian terbaik untuk semua peminjam.

Beliau berkata demikian pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 secara maya, hari ini. Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required