PKP 3.0: JPJ, APAD, Puspakom tutup; Lesen memandu, cukai jalan luput diberi kelonggaran 60 hari

PKP 3.0: JPJ, APAD, Puspakom tutup; Lesen memandu, cukai jalan luput diberi kelonggaran 60 hari

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara mulai hari ini hingga 14 Jun 2021, semua urus niaga dan perkhidmatan yang disediakan di kaunter-kaunter agensi bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Puspakom, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan
LPKP Sarawak dihentikan operasi sementara.

Menurut MOT, hanya urusan kenderaan perdagangan perkhidmatan perlu (essential services) yang memerlukan perjalanan rentas sempadan negara sahaja dibenarkan melalui temujanji.

“Berikutan penutupan yang melibatkan JPJ, kelonggaran diberikan kepada pemilik Lesen Memandu (LM), Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) yang tamat tempoh pada mana-mana tarikh antara 1 Jun sehingga 31 Julai 2021, dibenarkan memperbaharui LM, LKM dan PSV masing-masing dalam tempoh 60 hari iaitu bermula 1 Ogos hingga 30 September 2021.

“Seperti kelonggaran sebelum ini, pemilik LKM yang tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans (e-cover note) sekiranya diminta pihak berkuasa,” ujar kenyataan MOT.

Manakala kaunter bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan adalah ditutup sementara, namun orang ramai boleh berurusan secara dalam talian menerusi e-auto atau MyEG. Untuk Kiosk JPJ pula, ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang (kiosk dalam premis JPJ) dan 6 pagi – 8 malam (kiosk di luar premis) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Untuk perkhidmatan APAD dan LPKP pula, MOT memaklumkan pengecualian daripada memperbaharui lesen dan permit untuk Lesen Pengendali, Permit Kenderaan Perdagangan, Lesen Kenderaan Pelancongan dan Kad Pemandu. “Kesemua lesen dan permit yang dinyatakan di atas dibenarkan beroperasi walaupun telah tamat tempoh dengan syarat mempunyai perlindungan insurans yang sah,” jelas MOT.

Bagi Puspakom pula, tempoh sah laku kelulusan pemeriksaan di agensi ini akan dilanjutkan mengikut baki selepas tamat tempoh PKP 3.0.

Dalam masa sama, MOT menggalakkan orang ramai supaya dapat berurusan dengan mana-mana agensi secara dalam talian untuk perkhidmatan yang berkaitan. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini dan sahih dengan melayari laman web serta laman media sosial rasmi agensi-agensi yang berkaitan untuk maklumat lebih lanjut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Mohamd Rosli Bin Said on Jun 30, 2021 at 8:08 am

    nak tanya..tarikh akhir surat tukar milik kenderaan dari puspakom 3 july 2021..pkp 3.0 sekarang semua urusan di tutup..ada penambahan tarikh lain ker untuk surat tukar milik kenderaan dari puspakom.atau kena pergi test lain ke puspakom..ini melibatkan warga asing untuk urusan tukar hak milik kenderaan..pembeli warganegara penjual warga asing..mohon pencerahan dari pehak tuan.terimakasih..

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 18
  • Zahirah on Jul 09, 2021 at 12:14 pm

    Saya nak reniew lesen saya. Macam mana ya?

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 1
  • ABDUL HADDYBIN ABDUL WAHAB on Jul 09, 2021 at 10:49 pm

    Baru lulus inspection pada 6.7.2021. Cukai jalan tamat pada 12.7.2021. Kenderaan saya ialah VAN yang guna permit sewa pandu. Boleh saya pergi JPJ unuk renew cukai jalan?

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 6
  • chuah bee kian on Jul 13, 2021 at 11:51 am

    saya hendak tanya kereta dan motosikal saya telah bayar insurans pada 20/5/2021. Sehingga sekarang di pejabat Pos Spg Ampat,SPS,P.Pinang masih tak dapat membayar cukai jalan. Kalau hendak pergi JPJ B’worth,BOLEHKAH saya memlepas daerah? Atau tarikh ditangguh lebih dari 60hari lagi?

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Roslinda Hassan Ali on Jul 28, 2021 at 1:45 am

    saya nak renew roadtax lori macamana ye?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Vinoth on Aug 16, 2021 at 1:02 am

    Bila buka academi lesen memandu

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Vinoth on Aug 16, 2021 at 1:03 am

    Bila buka academi lesen memandu????

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • 28/9 lesen saya mati mcmne nk buat temujanji

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required