Audi A4 B9 facelift 2021 kini di Malaysia – hanya varian tunggal advanced 2.0 TFSI quattro, bermula RM359k

Audi A4 B9 facelift 2021 kini di Malaysia – hanya varian tunggal advanced 2.0 TFSI quattro, bermula RM359k

Audi A4 generasi kelima telah pun masuk ke fasa facelift kedua, diperkenalkan pada tahun 2019. Dan sekarang model kemaskini untuk A4 B9 ini telah pun sampai ke pasaran Malaysia, ditawarkan hanya dalam satu varian tunggal advanced 2.0 TFSI quattro.

Ia dijual pada harga atas jalan tanpa insuran RM358,900, bersama insentif potongan cukai jualan. Seperti model-model Audi lain, ia juga diberikan sekali dengan waranti selama lima tahun, tanpa had perbatuan.

Model dengan rupa disegarkan ini menerima gril “bingkai tunggal” yang lebih lebar dan rendah, memberikan satu jarak yang ketara antara bonet dan bampar. Rekaan ini telah pun diterapkan pada Audi A1 terbaharu, bersama grafik baharu pada lampu hadapan dan belakang yang diberikan elemen menegak.

Bukan sekadar perubahan muka hadapan dan belakang diberikan, model facelift kali ini juga menampilkan garis karekter badan yang berbeza dan lebih menyerlahkan bahagian ruang roda. Kalau anda perhatikan, tiada lagi garis badan sepanjang bahagian sisi A4 baharu kerana ia dipisahkan pada bahagian pintu, manakala garis pada pintu berada lebih rendah separas dengan pembuka pintu.

Audi A4 B9 facelift 2021 kini di Malaysia – hanya varian tunggal advanced 2.0 TFSI quattro, bermula RM359k

Model pasaran Malaysia ini menerima kelengkapan luaran standard merangkumi lampu hadapan belakang LED, rim aloi Dynamic Style 10-jejari 18-inci kemasan Graphite Grey bersama tayar 245/40R18. Pakej advanced trim line juga diberikan secara standard yang terdiri dari kemasan perak pada gril, perumah lampu kabus dan bampar belakang.

Dalam kabin, A4 facelift 2021 ini datang dengan tempat duduk sport larasan berkuasa di hadapan bersama fungsi memori untuk pemandu, manakala upholsteri pula adalah gabungan kulit asli serta leatherette dalam rekaan “mono.pur 550”.

Selain itu, ia turut menerima kemasan Silver Aluminium Ellipse, elemen kemasan leatherette, sistem pendingin hawa kawalan iklim tiga-zon, pelindung matahari manual pada cermin pintu belakang, roda stereng tiga jejari balutan kulit dan juga sistem lampu suasana.

Bagi sistem infotainmen pula, model ini diberikan sistem MMI Navigation plus Audi dengan asas MMI touch pada Modular Infotainment System 3 (MIB 3), yang tidak lagi menampilkan roda klik/pad sesentuh pada konsol tengah, membolehkan bahagian tersebut digantikan dengan ruang storan kecil. Sistem baharu ini dihubungkan kepada paparan instrumen digital virtual cockpit Plus dan juga servis-servis terhubung serta antara muka pada telefon pintar.

Untuk sistem keselamatan pula, A4 dilengkapkan dengan enam beg udara, cagak tempat duduk kanak-kanak Isofix pada kiri dan kanan tempat duduk belakang serta pada tempat duduk penumpang hadapan, hold assist, parking aid Plus bersama kamera 360-darjah, serta sistem cruise control bersama pengehad kelajuan.

Model varian tunggal ini dijana oleh enjin 2.0 liter empat silinder turbo berkuasa 249 PS (245 hp) bermula 5,000 rpm hingga 6,000 rpm dan tork maksima 370 Nm bermula 1,600 hingga 4,500 rpm. Ia digandingkan dengan kotak gear klac berkembar automatik tujuh-kelajuan. Dengan lencana “quattro”, sudah tentu kuasa dialirkan ke kesemua roda.

Gabungan ini membolehkan Audi A4 B9 advanced 2.0 TFSI quattro 2021 memecut dari 0-100 km/j dalam masa 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 250 km/j. Penggunaan bahan api pula didakwa adalah 7.1 liter untuk 100 km. Ia juga menerima suspensi jenis comfort dengan kawalan peredam serta diberikan sistem Audi Drive Select.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required