VIDEO: Honda Malaysia tunjuk fungsi kamera 360-darjah; ciri pilihan untuk HR-V dan BR-V, RM3,300

Bulan lalu, Honda umumkan penawaran sistem kamera 360-darjah kini disediakan bagi model HR-V dan BR-V, dengan pilihan untuk itu dikenakan harga RM3,300 bagi kedua-dua model. Kini, Honda Malaysia mengeluarkan pula sebuah video memaparkan penggunaan sistem berkenaan, yang tentunya dalam banyak keadaan akan memudahkan pemandu.

Menggunakan kamera yang ditempatkan keliling kenderaan, sistem berkenaan menggabungkan input video dan memaparkannya dari sudut pandang atas di skrin utama di tengah papan pemuka, bersekali dengan paparan tambahan ketika kenderaan mengundur — membantu pemandu dalam keadaan ruang sempit atau masuk parkir.

Berdasarkan video yang dikeluarkan itu, pemandu juga boleh mengaktifkan sistem berkenaan ketika bergerak ke hadapan, membantu untuk mengesan sekiranya ada apa-apa halangan dalam arah laluan. Turut ada ialah pandangan 3D panoramik yang membolehkan pemandu meninjau terlebih dahulu keadaan di sekeliling kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Aksesori rasmi itu dikenali dengan nama “Honda Recommended Advanced 360 HD Camera” terdiri daripada sebuah kamera masing-masing di depan dan belakang, serta di cermin sisi yang dipasangkan dengan perumah khusus untuk memastikan pemasangan yang mudah.

Sistem kamera ini didatangkan sebagai pilihan untuk kereta baru Honda, tapi boleh juga dipasang untuk kenderaan semasa sedia ada bagi pelanggan yang mahukannya. Semua varian HR-V model tahun 2019 boleh dipasangkan ciri ini, namun hanya varian V bagi BR-V sahaja yang boleh memilih sistem berkenaan — head unit bagi varian asas E tidak mempunyai skrin untuk paparan kamera berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required