EON perkenal laman web baru khusus untuk Proton

EON perkenal laman web baru khusus untuk Proton

Edaran Otomobil Nasional (EON) telah memperkenalkan laman web khusus Proton, yang disasarkan untuk mencapai jumlah pelanggan yang lebih meluas. Syarikat itu, yang kembali menjual model Proton tahun lalu, menyatakan yang laman web baru ini direka untuk kesenangan untuk pelanggan dan mempunyai banyak ciri untuk membantu pelanggan melayari web tersebut dengan mudah untuk mendapatkan semua maklumat berkaitan model-model Proton.

Platform bersepadu ini membolehkan pelanggan menyemak maklumat promosi terkini, menempah slot pandu uji, menempah temujanji servis akan datang dan mengira pinjaman kenderaan, semuanya di hujung jari dan keselesaan di rumah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EON, Akkbar Danial, yang juga merupakan ketua pengedaran automotif DRB-HICOM, laman web baru berkenaan sangat diperlukan untuk sekian lama. “Dengan lebih daripada 80% pembeli kereta di Malaysia membuat kaji selidik mereka secara dalam talian sebelum membuat pembelian. Maka untuk ada sebuah laman web adalah sesuatu yang sangat perlu, dan laman web yang bagus yang dapat memudahkan penggunaan di komputer, telefon pintar dan tablet adalah satu bonus,” ujarnya.

Sebagai pengedar terbesar Proton di Malaysia (dengan sembilan cawangan seluruh negara), syarikat ini ingin memposisikan kedudukannya sebagai pengedar pilihan dengan memberikan pengalaman lebih menyenangkan kepada pelanggan.

EON perkenal laman web baru khusus untuk Proton

“Melalui laman web ini, maklumat yang tepat dan terkini termasuk berkaitan promosi terhadap produk kami akan lebih mudah untuk dicapai oleh pelanggan. Ini membolehkan mereka mempersiapkan diri dengan maklumat yang betul sebelum membuat pembelian. Kami menyediakan pilihan untuk pelanggan meneroka bilik pameran maya dengan barisan model yang lengkap Proton, walaupun bilik pameran fizikal ditutup ketika ini,” tambah beliau.

Sempena pengenalan laman web tersebut, EON bekerjasama dengan Shell Malaysia dalam satu kempen untuk memberikan baucar Shell kepada pemilik baru Proton sebagai tanda penghargaan. Kempen “Get Extra Joy” dari EON terbuka kepada semua pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan mereka di cawangan EON dari sekarang hingga 31 Oktober 2021.

Pelanggan yang layak akan menerima baucar Shell yang boleh ditebus di semua stesen Shell dan kedai Select di seluruh negara untuk pembelian runcit (kecuali bagi produk tembakau, tambah nilai e-Pay dan tembah nilai Touch ‘n Go) dari 1 September hingga 28 Februari 2022. Ketahui lebih lanjut berkaitan kempen ini di laman web baru Proton oleh EON.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required