Harga minyak 9-15 September – RON97 naik 1 sen

Harga minyak 9-15 September – RON97 naik 1 sen

Bagi minggu bertarikh 9 hingga 15 September 2021, Kementerian Kewangan (MOF) telah memaklumkan harga runcit bagi petrol RON 97 mengalami kenaikan sebanyak satu sen seliter, menjadi RM2.73 seliter, berbanding RM2.72 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala harga RON 95 yang masih tidak berubah sejak Februari lalu iaitu dikekalkan pada harga siling mencecah RM2.05 seliter.

Harga diesel Euro B10/B20 juga masih kekal pada paras RM2.15 seliter, dan gred Euro 5 B7 pula berharga RM2.25 seliter.

Harga baharu ini berkuatkuasa mulai 12.01 tengahmalam ini, sehinggalah Rabu hadapan iaitu pada 15 September 2021.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Sell your car, get paid in 24 hours

Renew your car insurance with us, 10% discount!

Use the promo code 'PAULTAN' when you checkout for 10% discount!

Renew Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required