PLUS umum 11 lagi medan selera di kawasan R&R dan hentian sebelah di lebuhrayanya kembali beroperasi

PLUS umum 11 lagi medan selera di kawasan R&R dan hentian sebelah di lebuhrayanya kembali beroperasi

Selepas tujuh medan selera di kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan hentian sebelah di lebuhraya kendaliannya kembali dibuka sejak 16 Sept lalu, beberapa hari kemudian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan ada lagi 11 medan selera telah beroperasi semula dan membenarkan orang ramai untuk makan di situ.

Ia melibatkan medan selera di R&R Tapah (Arah Selatan), R&R Tapah (Arah Utara), R&R Rawang (Arah Utara), R&R Dengkil (Arah Selatan), R&R Dengkil (Arah Utara) dan R&R Pagoh (Arah Selatan) yang telah kembali beroperasi sejak 18 Sept lalu.

Manakala semalam, 20 Sept pula, medan selera di R&R Ulu Bernam (Arah Selatan) kembali beroperasi. PLUS menambah, mulai hari ini, medan selera di R&R Seremban (Arah Selatan), R&R Seremban (Arah Utara), Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara) dan Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara) dibuka semula.

Walau bagaimana pun, menurut PLUS, hanya pelanggan yang telah menerima vaksinasi lengkap sahaja yang dibenarkan untuk makan di medan seleranya. “Mereka perlu menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di Aplikasi MySejahtera semasa membuat pesanan di gerai kendalian rakan niaga dan akan menerima label pelekat hijau daripada peniaga sebelum menikmati hidangan di medan selera R&R.

“Bagi pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksin lengkap, mereka masih boleh menikmati menu yang enak dengan pembelian secara bawa pulang dari R&R kami. PLUS juga menyarankan mereka untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma atau melalui https://orderdisini.plus.com.my/ daripada peniaga dan pengusaha gerai R&R yang mengambil bahagian bagi meminimumkan interaksi,” ujar PLUS.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required