Honda Malaysia perkenal program kereta terpakai rasmi pada 2022, dimulakan dengan pengedar Cheras

Honda Malaysia perkenal program kereta terpakai rasmi pada 2022, dimulakan dengan pengedar Cheras

Honda Malaysia kini dalam usaha untuk mewujudkan program kereta terpakai saluran rasminya yang akan bermula pada 2022. Kiranya, boleh bayangkan hal yang sama seperti Topmark Toyota, POV Perodua dan BMW Premium Selection.

Hal ini didedahkan oleh MeGroup, yang telah dilantik sebagai pengedar kereta terpakai rasmi oleh Honda Malaysia bermula 11 Oktober di bawah program kereta terpakai rasmi Honda (HCU), lapor The Edge Singapura. Syarikat itu memaklumkan operasi bagi HCU akan bermula pada 1 Januari 2022, dan pengedar Honda Cheras akan menjalankan program ujiannya terlebih dahulu.

KEMASKINI: MeGroup menjelaskan yang syarikat itu menceburi perniagaan kereta terpakai, tetapi dengan usaha sendiri dan bukan di bawah Honda Malaysia.

“Dalam usaha untuk mempelbagaikan aliran pendapatan kumpulan ini, perniagaan pengedar kenderaan kami baru-baru ini dilantik oleh Honda Malaysia sebagai pengedar kereta terpakai rasminya. Program ujian tersebut akan menambah pendapatan keseluruhan sebagai pengedar, dan kami berharap akan dapat memperkembang segmen kenderaan terpakai di bawah perniagaan MeGroup,” jelas Pengarah Eksekutif, Carol Wong.

MeGroup dirujuk sebagai syarikat automotif berpangkalan di Malaysia dan terlibat dengan pengeluaran komponen NVH dan bukan-NVH, serta oeprasi pengedaran kenderaan. Komponen NVH termasuk pelapik bumbung dan luaran enjin yang dikaitkan dengan pelbagai bahagian pada kenderaan, sementara komponen bukan-NVH adalah seperti talam barangan dan papan dek pemasangan.

Selain Honda, syarikat ini turut mengedarkan jenama seperti Ford, Hyundai, Mazda, Mitsubishi dan Peugeot. Ia juga turut menubuhkan cawangan Proton yang dijangka beroperasi hujung tahun ni.

Apa yang boleh dijangkakan oleh pelangan daripada program kereta terpakai rasmi Honda Malaysia? Sama seperti skim sedia ada, ia menawarkan kelegaan fikiran menerusi pemeriksaan penyeluruh kenderaan, keadaan sempurna sesebuah kereta, serta beberapa jaminan. Topmark Toyota misalnya memberikan jaminan dua-tahun, sementara POV Perodua memberikan jaminan 18-bulan.

Mempunyai program kereta terpakai sendiri biasanya bermaksud sesebuah jenama itu boleh mengekalkan kawalan terhadap nilai semasanya. Namun, disebabkan kereta Honda pada kebiasaannya mampu memegang nilai dengan baik, ini akan menjadi saluran pendapatan yang menarik untuk syarikat berkenaan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 
 

Add a comment

required

required