Moto Guzzi V7 Stone Centenario tiba di M’sia – RM73k

Moto Guzzi V7 Stone Centenario tiba di M’sia – RM73k

Moto Guzzi V7 Stone Centenario, iaitu sebuah model yang dikeluarkan untuk menyambut ulang tahun jenama Itali itu yang ke-100, telah dilancarkan di Malaysia pada harga RM72,900. Ia turut diterapkan dengan inspirasi daripada motosikal lumba Otto Cilindri 500 cc tahun 1955, serta kombinasi warna khas hijau matte dan kelabu metalik.

Kuasa masih lagi datang daripada enjin v-twin 850 cc, bersama kombinasi kotak gear enam kelajuan serta sistem pacuan syaf. Jumlahnya telah bertambah sedikit bagi model tahun 2021 ini, menjadi 65 hp pada 6,800 rpm (dari 52 hp) dan 73 Nm pada 5,000 rpm (dari 60 Nm).

Rim pada model ini adalah berbeza saiz, iaitu 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dengan tayar belakang mendapat saiz lebih lebar iaitu 150/70. Tugas menghentikan jentera dilaksana sistem brek cakera depan dan belakang, lengkap dengan ABS manakala suspensi pula menggunakan fork teleskopik tanpa pelarasan di hadapan dan dua penyerap hentak Kayaba di belakang.

Semua lampu V7 Stone Centenario menggunakan unit LED, termasuk lampu hadapan yang mempunyai DRL LED berbentuk seperti logo helang Moto Guzzi. Pada bahagian kokpit, hanya satu skrin LCD berbentuk bulat digunakan, dan ia bersesuaian dengan tema minimalis yang digunakan.

Berat V7 Stone Centenario ini dikatakan mencecah 218 kg, manakala tempat duduknya mempunyai ketinggian 780 mm dan tangki bahan api berkapasiti 21 liter. Kumpulan pertama model ini yang dibawa ke Malaysia sudah habis dijual sementara tempahan untuk penghantaran seterusnya sedang diambil. Anda yang berminat boleh ke pusat pengedar rasmi Moto Guzzi seluruh Malaysia.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required