Spyshot: Citroen C3 2022 dikesan di Malaysia

Spyshot: Citroen C3 2022 dikesan di Malaysia

Nampak gayanya jenama Citroen masih ada harapan di Malaysia, ini ada pula foto kiriman pembaca paultan.org Mohamad Asif Mohd Noor yang mengesan kelibat C3 sedang diuji di jalan raya. Walau pun dengan balutan penyamaran, terlihat sedikit berbeza C3 ini dengan model semasa yang diperkenalkan pada tahun 2016.

Ia adalah kerana C3 ini merupakan model serba baharu yang direka sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan antarabangsa untuk pasaran di luar Eropah. Menurut pengeluar kereta Perancis ini, hatchback segmen-B adalah dibangunkan dan diproduksi di India (pasaran baharu untuk jenama berkenaan) termasuk Amerika Selatan, dengan jualannya dirancang di rantau ini bermula separuh pertama 2022.

C3 (dengan kod nama C21) merupakan satu daripada tiga model yang direncanakan bagi pasaran antarabangsa, dan dengan kemunculannya di Malaysia, bagai memberikan petunjuk ia juga mungkin akan ke pasaran tempatan. Selain berkongsi nama dan jarak roda berukuran 2,540 mm dengan model Eropah, ada juga beberapa persamaan bagi C21 ini.

Sebagai permulaan, C21 ini dibangunkan dengan Common Modular Platform (CMP) iaitu kerjasama antara Groupe PSA dan Dongfeng Motor Group berbanding platform Group A C3 untuk model Eropah (juga dikenali sebagai PF1) yang dibangunkan oleh PSA (kini menjadi sebahagian Stellantis susulan penggabungan dengan Fiat Chrysler Automobiles).

Spyshot: Citroen C3 2022 dikesan di Malaysia

Bagi dimensinya, C21 sepanjang 3,980 mm, kurang sedikit berbanding model Eropah yang berukuran 3,996 mm. Selain itu, C21 juga lebih menyerupai Crossover, ditambah dengan lampu yang lebih bersudut dan juga jarak kelegaan tanah cecah 180 mm.

Bahagian hadapannya menerima dua set jaluran lampu (dengan yang di atas bertindak sebagai lampu nyalaan siang) yang disambung pada gril, dan di sisinya pula ditampilkan dengan kemasan dekoratif pada panel rocker. Di belakangnya pula, tailgate disambung dengan lampu signitur senada dengan bahagian hadapan, selain diberikan dua tona warna badan dan juga rel bumbung.

Di dalamnya, papan pemuka lebih berketerampilan dengan corong udara yang menyerlah, selain paparan infotainmen skrin sesentuh 10-inci yang lebih lebar dengan di bawahnya ditempatkan corong udara di bahagian tengah.

Citroën C3 C21 2022

Citroën juga berkata ruang kaki untuk penumpang belakang juga lebih luas dengan ukuran 653 mm, sementara di hadapan pula, ia diberikan ruang siku sehingga 1,418 mm dan juga 991 mm bagi ruang kepala. Selain itu, ia turut diberikan ruang but seluas 315 liter, satu liter glove box, dua poket pintu dengan kapasiti dua-liter di hadapan dan dua poket pintu belakang juga dua liter. Buat setakat ini, tiada perincian enjin didedahkan dan ia dijangka akan diumumkan untuk setiap pasaran bila tiba masanya.

Dan, buat masa ini juga tiada pengesahan rasmi ia bakal dijual di Malaysia, tetapi jika ia berlaku, pastinya pengedarannya akan dikendalikan oleh Bermaz Auto Alliance (BBASB), yang mengambil alih jenama Peugeot selepas Berjaya Auto Alliance (nama asal bagi BAASB) dibangunkan oleh Bermaz Auto (BAuto) dan Berjaya Corporation (BCorp) yang memiliki 51% kepentingan saham dalam BAASB.

Pada waktu itu, penjanjian tidak termasuk dengan pengedaran bagi jenama Citroen dan DS, dengan konsortium tempatan bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti.

Selain itu, unit contoh pemanduan sebelah kanan yang dikesan dengan menggunakan trade plate ini mungkin bersangkut paut dengan Naza Automotive Manufacturing (NAM), memberikan bayangan mungkin ia juga model pemasangan tempatan (CKD). Walau bagaimana pun, tanpa kenyataan rasmi dari pihak yang bertanggungjawab, jadi ia sekadar spekulasi sahaja buat masa ini.

GALERI: C21 Citroën C3 2022

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required