Damon Hyperfighter diperkenal – motosikal naked elektrik dengan kuasa sehingga 200 hp, dari RM80k

Damon Hyperfighter diperkenal – motosikal naked elektrik dengan kuasa sehingga 200 hp, dari RM80k

Selepas memperkenalkan model fairing penuh Hypersport pada tahun 2020, pengeluar motosikal elektrik dari Canada, Damon Motorcycles kini memperkenalkan pula model kedua mereka yang merupakan sebuah motosikal naked, iaitu Hyperfighter. Ia tiba dalam tiga varian iaitu Unlimited 15, Unlimited 20 dan Colossus, dengan harga masing-masing 19,000 USD (RM79,866), 25,000 USD (RM105,087) dan 35,000 USD (RM147,122).

Varian permulaan Unlimited 15 menyediakan kuasa maksimum sehingga 150 hp dan lebih daripada 200 Nm tork, yang datang daripada bateri 15 kWh serta motor elektrik 115 kW. Motosikal ini boleh mencatat kelajuan maksimum sehingga 241 km/j dan melakukan pecutan 0-96 km/j dalam masa tidak sampai tiga saat.

Bateri padanya boleh menerima pengecas pantas DC dan mengambil masa 45 minit untuk mencapai tahap 80%, daripada kosong dan apabila menggunakan pengecas Level 2 240V, ia memerlukan masa 2 jam untuk pergi dari kosong ke 90%. Apabila penuh, bateri ini boleh memberikan jarak gerak sehingga 193 km (keadaan bercampur).

Varian pertengahan Unlimited 20 pula dipertingkat dengan bateri 20 kWh dan motor 150 kW, untuk menghasilkan kuasa 200 hp dan lebih 200 Nm tork. Laju maksimum yang boleh dicapai adalah 273 km/j manakala pecutan 0-96 km/j juga boleh dilakukan dalam masa bawah tiga saat.

Waktu mengecas menggunakan pengecas pantas DC adalah sama seperti Unlimited 15, tetapi apabila menggunakan pengecas Level 2 240V, ia memerlukan tambahan masa setengah jam untuk mencapai tahap 90%. Dengan bateri yang lebih besar juga, jarak geraknya bertambah menjadi 234 km.

Varian paling tinggi, iaitu Colossus datang dengan pakej penggerak yang sama seperti Unlimited 20, tetapi ia dipertingkat dengan kelengkapan premium seperti brek Brembo, suspensi Ohlins serta lengan ayun jenis single sided.

Damon Hyperfighter diperkenal – motosikal naked elektrik dengan kuasa sehingga 200 hp, dari RM80k

Selain datang dengan prestasi, semua motosikal elektrik Hyperfighter ini juga dipasang dengan sistem keselamatan yang dipanggil sebagai Co-Pilot. Ia terdiri daripada pelbagai radar, kamera serta sensor untuk memberikan amaran (getaran pada pemegang, kelipan lampu LED pada penghadang angin dan memaparkan pandangan belakang pada skrin) sekiranya terdapat bahaya di sekeliling.

Satu lagi ciri menarik motosikal Damon ini adalah penunggang boleh melaras ketinggian pemegang, dengan hanya menekan satu butang sahaja, bagi menyesuaikannya dengan tunggangan di dalam bandar (lebih tinggi dan santai) ataupun litar (lebih rendah dan agresif).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required