Yamaha 135LC Fi V8 – harga rasmi RM7,798 tapi harga sebenar di kedai berapa? Tak boleh beli secara tunai?

Yamaha 135LC Fi V8 – harga rasmi RM7,798 tapi harga sebenar di kedai berapa? Tak boleh beli secara tunai?

Setiap kali ada pelancaran motosikal baru, komen paling banyak yang kami terima adalah berkenaan harga, terutamanya model kapcai. Ramai yang mengatakan, pengedar menaikkan harga sesuka hati dan pembelian secara tunai juga kerap ditolak.

Semasa Yamaha Y15ZR V2 baru tiba di negara kita, kami telah melakukan tinjauan harga di beberapa kedai, dan perkara ini memang terbukti berlaku. Harga di setiap kedai boleh menjadi berbeza, sama ada melalui cara pembelian tunai mahupun pinjaman sewa beli.

Untuk kali ini, kami lakukan perkara sama – pergi ke tiga kedai secara rawak, tetapi untuk mendapatkan harga Yamaha 135LC Fi V8 pula. Kedai yang kami pergi kali ini adalah A di Setapak, Kuala Lumpur, B di Taman Medan, Petaling Jaya dan C di Pandamaran, Klang.

Sebelum pergi lebih lanjut kepada harga sebenar di kedai ini, biar kami nyatakan semula bahawa semasa pelancaran rasmi, harga yang dinyatakan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk 135LC Fi ini adalah RM7,798 tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran lain.

Yamaha 135LC Fi V8 – harga rasmi RM7,798 tapi harga sebenar di kedai berapa? Tak boleh beli secara tunai?

Sekarang bila pergi ke dunia sebenar, kita boleh melihat kedai A dan kedai B nampaknya memberikan harga yang sama bagi pembelian tunai, iaitu RM8,800 sementara untuk pembelian secara pinjaman, bayaran bulanan sedikit berbeza meskipun deposit yang diletakkan adalah sama, iaitu RM1,000.

Jangkaan kami, ini mungkin disebabkan beza antara penyedia pembiayaan dan kalau anda kira secara keseluruhan, beza bayaran antara kedai A dan kedai B apabila tempoh pinjaman berakhir cumalah RM252. Sempat kami bertanya untuk kedai A, jumlah yang dinyatakan itu adalah apabila menggunakan pembiayaan daripada AEON Credit dengan kadar bunga 10% setahun.

Kedai C menunjukkan perbezaan yang jelas jika dibandingkan dengan kedai A dan B. Mereka langsung tidak menerima pembelian secara tunai (sebab tidak dinyatakan), sementara apabila menggunakan pinjaman juga jumlahnya adalah yang paling tinggi – bukan sahaja untuk bayaran pendahuluan, tetapi juga bulanan.

Apabila dikira jumlah keseluruhan termasuk deposit serta bayaran bulanan sehingga tamat tempoh pinjaman, kedai C mencatat jumlah RM13,004 dan ini adalah lebih tinggi RM556 berbanding kedai A dan RM304 berbanding kedai B.

Setakat yang kami tanya, kedai A dan kedai B tidak mempunyai masalah sekiranya pelanggan mahu membeli motosikal secara tunai, tetapi tempoh menunggunya adalah lebih lama (tambah satu minggu) berbanding jika menggunakan pembiayaan secara pinjaman.

Apabila ditanya berkenaan stok pula, rata-rata semua kedai ini tidak mempunyai stok sedia ada dan tempoh menunggu yang diletakkan untuk 135LC Fi dan Y15ZR adalah sama, iaitu sekitar satu bulan. Itupun, mereka tidak boleh menjanjikan warna apa yang akan tiba.

Di tempat anda pula bagaimana? Adakah sama seperti ini ataupun jauh lebih mahal? Cuba kongsikan dengan kami. Apapun, kalau anda rasa harga yang ditetapkan itu melampau, jangan beli terus di kedai tersebut. Sebaliknya, teruskan bertanya kepada kedai-kedai lain yang mungkin boleh menawarkan harga lebih rendah.

GALERI: Yamaha 135LC Fi 2022


GALERI: Yamaha 135LC Fi Special Edition

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya 'mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Nizam on Apr 15, 2022 at 7:10 am

    Dh tnye dekat 10 kedai sume ckp bnde yg sma.stok x de.kne tggu.ok.harga pon bole thn dowg naik kn.kne tggu 4 bln.

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  • Muhd faizul on Apr 15, 2022 at 8:22 am

    Fi 135 se belum sampai sampai hari tgu Parit Buntar area

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 8
  • Saiful on Apr 15, 2022 at 3:11 pm

    So, “cash” is not king anymore lah erk? Nak beli moto under 10k pun ada kedai yg dah tak nak tunai.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • cash tmpt sy 10k….klang ns 1 motor….hutang d/p 3.5k 36bulan 278

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 3
    • Sa Ju on Feb 21, 2023 at 12:10 am

      Kalau D/P 1500 atau 2000 boleh ke?
      3 tahun punya berapa bulanan? Ya?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5
  • Sakaratul Maut on Apr 15, 2022 at 8:48 pm

    Ada kedai otr rm9200….yg special edition,taktaula…

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
    • Samurai on May 20, 2023 at 11:34 am

      Share nama kedai please. Tadi check kat kedai OTR RM 11k special edition.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Sakaratul Maut on Apr 15, 2022 at 8:49 pm

    Ada kedai otr rm9200….kedai lain taktaula…..yg special edition mesti harga Melayu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 3
  • danial on Apr 16, 2022 at 6:27 am

    beli ja ansuran..dah dapat motor bulan kedua bayar cash…boleh guna x taktik ni???

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 84
  • Pengedar motor makan komisyen sehingga rm700 rm800

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • norliziam bin ibrahim on Apr 22, 2022 at 9:32 pm

    dah nak beli tp harga kedai yg ditawarkan melebihi 1k dan hampir 2 k diseremban.tak jadi beli beli honda je dapat 150 lg.lebih 3 kedai berbrza harga

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • nak tanya kedai A belah mana

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Matden on May 28, 2022 at 6:53 pm

    Bayar depo 24 Apr, smpai skrng 28 may msih blum dpt katanya kilang mempunyai masalah spare parts tpi pihak kedai dah bgi tahu kena tunggu 1bulan :'(

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required