Hong leong Yamaha Motor (HLYM) telah mendedahkan harga Yamaha Y15ZR V2 hari ini, di mana kapcai berkenaan akan dijual pada harga cadangan RM8,168, tidak termasuk cukai jalan dan yuran pendaftaran. Model yang paling ditunggu-tunggu tersebut telah pun membuat penampilan sulungnya pada hujung bulan lalu, ketika berlangsungnya pusingan pertama Kejohanan Cub Prix di Jasin, Melaka.
‘Y suku’ versi terbaharu ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey. HLYM juga turut menawarkan kunci brek cakera bernilai RM100 secara percuma untuk pelanggan yang membeli motosikal ini.
Model V2 ini menerima perubahan utama pada bahagian lampu hadapannya, di mana ia menggunakan bentuk baru dan merupakan nyalaan LED. Manakala pada bahagian meter, ia kini menggunakan paparan LCD.
Jika mengikutkan versi yang sudah pun dilancarkan di beberapa negara luar, Y15ZR V2 direka dengan dimensi sedikit berbeza dari model sebelum ini, di mana panjang dan tingginya bertambah masing-masing 15 mm dan 20 mm, tinggi tempat duduk bertambah 15 mm, manakala berat juga bertambah 2 kg.
Berkemungkinan besar ini adalah kerana ia menggunakan tayar hadapan lebih besar (bersaiz 90/80), dan suspensi belakang juga telah ditala semula. Kelengkapan lain pada motosikal ini adalah termasuk fender lebih besar untuk memuatkan tayar yang kini lebih besar, butang lampu tinggi (passing light) dan butang mematikan enjin (kill switch)
Untuk aspek mekanikal, Y15ZR V2 masih lagi menampilkan spesifikasi sama termasuk enjin satu silinder SOHC penyejukan cecair 150 cc berkuasa 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm, digandingkan dengan kotak gear lima kelajuan. Tangki bahan api masih 4.2 liter dan tayar belakang menggunakan saiz 120/70R17.
Di mana kedai nya
Kenapa y15 tak gunakan sistem DOHC Dan 6 kelajuan?.sedangkan berat nya yang bertambah.
HLYM Kata Semakin Ke Depan Tapi semakin mahal. SOHC semakin ke belakang…. RS150 (DOHC) lah baloi dengan harganya.
Dan akan datangnya RS150 V2 (Winner X) ABS Dual Channel….
HLYM kata semakin ke depan Tetapi semakin mahal. SOHC semakin ke belakang…. RS150 (DOHC) lah baloi dengan harganya Dan akan datangnya RS150 V2 (Winner X) ABS Dual Channel….
Nak lawan suku, buat kapchai 250cc dari cbr satu selinder yg tak laku. Gerenti terbang.
Ingin membeli motor cash.y15.
Murah nye
tipu la harga ni….
harga mampu lihat…..tak pernah jumpa lagi kedai moto yg jual ikut harga ni….kencing kuat
kemon la yamaha y suku kasi up grade sikit lg la tapi harga jgan melampau bangat oit
Kenapa kedai jual dgn harga berbelas ribu
Motor Y15ZR V2 colour RED… Down payment berapa???
Saya nak nombor Whatsapp boleh tak